Tuesday, April 26, 2011

"PERADUAN MEWARNA INCHIK EMAN"




assalamulaikum semua..
nampak banner kat atas tue?? nampak kan??
okeh kali nie nora nak masuk peraduan mewarna yang dianjurkan oleh encik eman nie..
aritue dah join yang "saya nak cupcakes itu!!"
yang tue untuk geng kbu ja.. hehhehe

so kali nie nak join yang nie plak.. errr bukan pulun..
memang suka mewarna so apa salahnya join kan??
dah tetiba rasa rajin nak mawarna.. lagipun nak support contest dia nie..
so nora join je la.. hihihihi...

nie bawah nie yang asal..
kosong je kan??? heheh..
meh jenguk yang nora dah edit..
tambah colour sikit.. main2 lukis.. hehhe..

cam na comei ark?? hihih
nora edit cartoon nie guna adobe photoshop ngan photoscape..
yang photoscape sikit ja nora guna edit dalam 10%..
yang lain2 semua guna adobe photoshop.. senang sikit..

hihihi so done... banner kat atas tue nanti nora bubuh na.. hihih...
okelah nak tag dua orang... siapakah?? hurmm..
nak usha shoutbox jap..

1. cik bunga
2. mr curly

so yang nora tag sila2 la join eh...
best nie.. kembali zaman kanak2.. jom..
yang lain nak join boleh ja.. meh klik sini..

Friday, April 22, 2011

Ada orang nak masuk meminang la tue..

assalamualaikum semua...
semalam kan adik beradik belah abah mai umah..
wan, tok, tok wa udoh, tok wa yam, maksu dan paksu mai umah..
mai makan pulut durian.. hehhe....

geng KBU dah kena perangat ngan nora dah semalam cian depa...
meh tengok lagi meh...



sedap kot.. tapikan semalam.
nora ambik tugas tuang air dalam cawan..
errr... contoh dia macam gambar kata bawah nie...

jangan kutuk nora auuuww... lukisan tak secomei ampa semua...
berusaha melukis gak tue.. hehehe...

nora tuang air dalam cawan.. tapi cawan tue dia kemetot..
maksudnya rendah la.. pastu air tue tak masuk dalam cawan..
pastu dia tumpah kat tepi cawan tue.. nak dijadikan cerita..
tetiba wan nora kata.. ada orang nak mai meminang la tuh..
errrr nora terus tersenyum dan kata.. along muda lagi la wan... tak mo lagi..

harap2 tak masin la mulut wan nora tue.. aduyaiii...
ada plak kes nora tuang air tak masuk cawan dia kata ada orang nak masuk meminang..
memang tersenyum ja la.. abah buat relaks ja kat sebelah tue..

yang nora nie sambung ja tuang air dalam cawan lepas tue.. dah la jug tue berat...
terpaksala nora ang cawan ngan jug tue tuang gak..
tapi dalam hati tue duk teringat lagi kat kata2 wan..

hurmm betul ker??
orang tua2 kata kalau anak dara tuang air tak masuk cawan..
ada orang nak masuk meminang??? errrr....
ada sapa2 ada jawapan??

Thursday, April 21, 2011

Contest : Gambar DesktOp Lappy !

assalamualaikum semua..
errr entry lagi.. hihii..
nie kontest plak.. nora terpaksa buat malam nie jugak..
sebab esok berkemungkinan tak bukak laptop..
nak exam ari sabtu nie.. so nak tunaikan tag dari kak long nora nie..


ha kontest nie.. nama dia..

Contest : Gambar DesktOp Lappy !

pada yang nak join gak boleh klik pada tajuk tue na.. hihihi

so meh tengok gambar desktop nora yang biasa2 ja.. hihi
malu la plak nak tunjuk.. hurmm..
meh la tengok.. jangan kutuk auuuuwwww...
malu nie.. errrr... ampa scroll la.. kalau jumpa sengih..
tak jumpa.. senyum gak boleh?? hihihi
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
hihhihihi
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
tadaaaaaaaaaaaaaaa!!!

errr.... nampak serabut plak..
errr sowi la.. jadual padat... alamak kantoi jadual exam plak..
hihiihii.. apa2 pon nie la peneman bila nora bukak laptop kesanyangan nora nie..

nora suka sebab warna hijau mendamaikan mata nora..
dan kalender yang ada tue sebangai peringatan buat nora..
hurmm bagi nora best sebab bila buka..
errr ada test study3X...

so tak la ralit sangat.. n maaf la nora buh banyak gambar nora kat desktop..
aduuiii malu plak.. join pun sebab my sister tue ajak join..
so join gak la.. hihihihi..
okelah tak mo citer lebih.. korang dah nampak dah my desktop..
kantoila.. hahhahahaha....

nak tag:
shah jihan
daus

okeh... korang dua buat auuuwww... nak tengok desktop korang gak..
lalalla.. hihii... yang lain2 nak join gak okeh ja.. jom2..!!!

Pentingnya pakai kain basah..


assalamualaikum semua..
hari nie nora nak sentuh pasal pentingnya pakai kain basah..
opppsss bukan entry lucah okeh...
nie perkongsian yang nora rasa sangat - sangat nora perlu kongsi..

sebab mak nora ada pesan kat nora..
kenapa perlu kita sebangai seorang wanita kena pakai kain basah waktu mandi..
salah satu penyebabnya.. manusia...
maksud?? sekarang kan banyak benda pelik berlaku..

zaman teknologi canggih nie..
kat mana - mana pon boleh tersebarnya gambar..
tambah2 kalau gi tidur kat hotel..
jangan ingat semua hotel tue baik no..

mana tau dia pasang kamera ker??
haaa kan dah tersebar gambar korang..
hurm fikirkan2...
tapi point utama yang buat nora taip entry nie pasal benda lain..

nora nak bagi nasihat pada wanita2 gadis2...
hati2 kamu diperhatikan.. kalau bukan manusia..
makhluk lain duk perhati.. pernah tak kaki kamu lebam??
kalau tanya orang tua2 mesti dia kata.. ala hantu gigit tue..

pernah korang tanya napa hantu gigit???
tak kan??? nie la sebabnya.. kamu tak pakai kain basah..
nora tak cakap kosong.. cuba kamu semua try..
mandi tak payah pakai kain basah.. esok tue tengok...

mesti akan ada.. nora jamin..
mak nora ada dengar ceramah aritue..
ustaz tue kata hati2.. jangan sampai makhluk lain tue jatuh cinta ngan kamu..
bahaya.. tue la kadang2 penyebab bila orang mai masuk meminang..
pastu tak lama lepas tue tak jadi..

ha pernah tak kamu terfikir??
dia dah tutup kamu bagi manusia tak suka kamu..
nora hanya mampu pesan yang lain2 terserah pada kamu..
fikir2kanlah.. nora dah bagi pesanan...

malu la pada malaikat juga tau..
bila kita mandi tak pakai kain basah..
depa akan jadi buta.. err asanya la..
sebab ustaz ada cerita.. ustaz kata..
malaikat pon malu nak tengok kamu..

MOGA ENTRY KALI NIE BERI MANFAAT BUAT SEMUA..
HEYYY LADIES TAKE NOTE NA...

hihih tq baca entry nora kali nie..
pesanan buat diri sendiri dan kawan2 nora.. =)

Wednesday, April 20, 2011

Andai lelaki tahu..

Andai lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


kepada jejaka2 diluar sana.. take note na.. hhihi..


sumber dari: klik sini..

Monday, April 18, 2011

Toturial: Cara nak selamatkan blog anda


assalamualaikum semua..
sekarang kan heboh pasal google nak delete account blog kalau tak aktive..
dan yang guna email selain gmail.. hoho
blog nora pon dah terlibat sekali.. so tadi kat KBU memang serabutla..
semua dah pening2 cm na nak buat..

so meh nora nak ajar serba sedikit..

langkah 1:
create email google na... contoh nora punya
noraamila08@gmail.com

langkah 2:
bukak blog setting > permissions > add authors
macam gambar bawah nie...


langkah 3:
ha mesti jadi macam nie okeh??


langkah 4:
bukak account email gmail korang..
pastikan dapat msg macam kat baeah nie..
then klik link mcam anak panah kat bawah nie okeh..


langkah 5:
log in balik blog korang ngan old email okeh..


langkah 6:
bukak blog setting > permissions > grant admin privileges kat email lama tau
okeh...

langkah 7:
then sign out .. pastu bukak balik guna email gmail

langkah 8:
dia akan keluar macam bawah nie..
isi ja macam biasa okeh...


langkah 9:
ha terus leh masuk dalam dashboard macam bawah nie..
hehhehe


tengok anak panah... dh bukak guna email gmail..

langkah 10:
bukak blog setting > permissions > remove old admin

maksudnya.. remove la account dari old email korang..
bukan apa nie untuk mengelakan sebarang kemungkinan...
takut dia detect ada lgi akaun lain selain gmail...
terus dia delete ha... sapa susah???

okeh kalau nak toturial lain... usha link bawah nie naaa..
white mommy
Pakcu

SEKIAN... SELAMAT MENCUBA!!

update: jangan risau.. blog kamu seperti biasa.. cuma author akan bertukar email ja.. yang lain2 still sama... tapi kat dashboard tue mybe akan hilang so kena follow balik kowt... apa2 pun tunggu esok tengok kalau still tak der baru follow lain..

Mereka sangat comeilah..

assalamualaikum semua..
hurmm nie peringatan na.. hihihi.... entry kali nie banyak gambar,,
tak tau nak pilih.. nora sangat suka semua gmbar... tapi tak la masukkan semua..
60 keping semua.. kalau masuk semua sampai esok pun jenuh ampa semua loading..
hihii.. so meh enjoy ngan pic2 yang ada na...

nie masa naik feri nak gi mana?? lalalla..
jom usha gambar bawah dulu..




cantik tak permandangan kat batu feringhi nie??
cantik kan.. tenang ja nora duk sana..
actually nora memang suka pantai n bukit...
so memang best la kalau leh duk tepi pantai cm nie.. hihi..
arinie.. nora ada tangkap gambar sepupu2 nora.. meh usha...

nie model pertama?? hhaha model.. lalla
comei tak dia?? comei kan..hihi.. nur damia munirah..
sweet name sweet person..

nie ammar uwais...
dia nie nakal cikit.. tapi abang yang baik untuk adik dia..
hope besar nanti pon dia boleh jaga adik dia dengan baik..
dh3 meh tengok gambar depa main pasir n air kat pantai...

ralit depa duk main air.. tinggal nora sowang2 duk tepi pantai..
hihi malas nak mandi dah besar dh..
hihihi.. lagipon minat duduk tepi pantai ja..
layan perasaan woooooo, the best kot...

bile depa duk tepi habis la pasir depa main..
uli2 pasir tue hhahaha... memang seronok tengok depa main..

seronok kan tengok depa main.. korek2 tanah tue.. tapikan...
bila....

air mai kat depa... habis terus apa depa buat...
apa yang depa korek... cuba tengok muka si amar tue...
nak tau tak depa mengamuk kat air tue...

amar: eeeeeeeiiiiiiiiii apa la air nie... geramnya...!! (baca gaya budak2 na)

sambil lompat2.. adik dia pon sama... nora memang duk gelak kat sebelah ja..
dah tak tau nak kata apa.. tengok gelagat ja

nora paling suka gambar nie ...
aiiiyoookk i like it.. tak tau nak kata apa...

habis dia kambuih badan dia dengan pasir tue.. aduyaii macam2 kanak2 nie..
hurmm lepas tue memang dah tak larat dah.. so depa naik tukar2 baju..
nora tunggu ja kat luar... hehehe.. best la leh jalan2 tenangkan fikiran sebelum nak final nie..


jadiii tuan blog nie nak buat ucapan khas nie..

KEPADA SEMUA BLOGGER N RAKAN2 YANG NAK AMBIK FINAL EXAM UNTUK SEM NIE..

NORA NAK UCAPAN GUD LUCK UNTUK KORANG SEMUA TAU..
MOGA DAPAT JAWAB SEMUA SOALAN!!!

bye3..

Saturday, April 16, 2011

Sorry if i'am wrong..


assalamualaikum semua..
hurmm entry kali nie nora nak minta maaf kat semua kawan alam maya nora.,
mana la tau kalau kalau entry yang nora wat sepanjang
perjalanan nora dalam dunia blog nie menyakitkan ati..
nora tak bermaksud nak menyindir sapa2 cuma nak kongsi jer...
err errr

sowi sangat2 na... ha dah alang2 buat entry ne..
nak minta maaf juga kat ampa semua...
nora dah nak exam nie..
harap2 korang boleh doakan nora leh jawab exam dengan baik na...
hihhii pada yang lain yang nak ambik exam gud luck na!!!!

dah kowt.. lalalla...
SELAMAT MALAM SEMUA..

MO NAK BAGI HADIAH. HANYA BUAT ENTRY "AKU INGIN BERUBAH"


assalamualaikum semua..
disebabkan nak exam dah nie..
so nora kena buat juga entry nie untuk cik kak yang baik ati nie..
dia buat contest so nora nak kena join la.. hihihi.. dulu dia join contest blog nora..
yang mana??? yang nie..
contest tue dh selesai. sekarang nie meh kita join contest dia plak..

okeh dah2 meh tenguk syarat2 lu..

okeh dah baca??? nak join?? jom meh klik sini..
so sekarang nak bercerita.. semua yang dicerita nie tak dak kena mengena ngan sapa2..
diharap dapat menjadi pengajaran untuk semua na...

________________________________________________________________________

Hidup aku dulu memang orang nampak aku sangat baik. Depan orang aku nie memang nampak budak baikla. Nak keluar rumah memang susahla. Mak ayah aku memang jaga aku sebaik mungkin. Kalau jadi budak perempuan lain memang senang ja nak keluar rumah, nak pergi mana pon memang senangla. Tapi aku?? Duduk rumah ja bukan senang nak keluar. Memang hidup kena kawal la. Orang kata bagusla cm tue. Tapi aku nie pon macam orang lain gak nak bergembira gak. So jadilah aku macam kera sumbang. Kawan - kawan aku memang cemus gak la nak ajak aku. Mau tak nya, kalau ajak ja, mesti aku akan siap - siap gitau aku tak leh keluar sebab memang dah sah - sah aku tak leh keluar. Nampak baik kan??

Tapi disebalik aku. Hanya allah ja tau. Mak ayah aku memang ajar aku dengan sempurna tapi itu semua terserah pada aku. Aku yang pilih jalan yang aku pilih sekarang. Jalan apa?? Nama ja aku nie islam tapi tuntutan allah?? Aku jarang sangat buat. Aku tak tau la napa aku malas sangat. Kalau mak aku suruh aku pergi solat memang lambat sangat. Kalau aku pergi pon aku masuk bilik buat apa yang patut pastu aku keluar balik. Tengok??? Jahat kan aku. Ya allah ampunakan aku. Aku tak tau la syaitan apa yang sedang menghasut aku nie.

Kalau kat hostel aku solat juga. Sebab bila kita tengok kawan - kawan kita solat, terasa gak nak solat. Tapi ha biasalah terlopong merata. Kalau subuh, asar dan isyak, memang selalunya aku tak buat la. Mana tak nya tidor la, letih la, macam - macam betul alasan aku. Aku sedar aku salah tapi aku tak tau kenapa aku malas sangat.

Sekarang lagila aku jadi sangat - sangat malas. Aku memang rasa jauh sangat dengan pencipta aku. Adakah aku nie seorang yang tak reti nak bersyukur?? Dah la dilahirkan islam tapi tuntutan allah aku abaikan ja. Apalah nak jadi ngan aku. Orang luar nampak aku baik ja. Tapi sebenarnya aku nie insan yang lemah, berpura - pura dihadapan semua orang. Hiprokrit kan aku??

Pada suatu hari, aku dapat tau kawan aku sakit. Aku pon apa lagi pergi la jenguk dia kan. Aku tengok dia memang nazak wehhh. Aku memang sangat takut tengok dia. Aku tanya la mak dia.

Aku: assalamualaikum, mak cik. Macam mana boleh jadi macam nie mak cik??

Mak cik: waalaikummussalam.. Dia kemalangan tadi.

Aku: kemalangan??? Dengan sapa mak cik??

Mak cik: dengan kereta, dia terheret. (jawab makcik ngan suara yang sangat syahdu)

aku: oh ya ka. (sambil menitikan air mata)

Ya allah takutnya aku tengok dia. Sangat teruk keadaan dia, memang aku tak dapat nak gambarkan. Aku sangat takut tengok. Dia memang dah nyawa - nyawa ikan. Ya allah amunkan dosa kawanku nie. Bila aku sebut ja macam tu tiba - tiba terdetik dalam hatiku. Ya allah apakah doaku akan dimakbulkan olehmu. Ya allah, aku insan yang lemah lagi banyak dosa. Aku rasa aku tak layak untuk menadah tangan kepadamu.

Aku sangat takut tengok keadaan kawan aku. Aku terbayang macam mana azab kematian aku. Kawan aku memang rajin solat, rajin baca al quran. Aku?? Aku selalu mengingkari segala suruhan tuhan, ya allah takutnya aku. Lepas aku melawat dia hari tue aku terus balik kerumah.

Aku tak cakap ngan siapa - siapa kat rumah hari tu. Aku terus masuk bilik dan terus duduk atas kerusi dalam bilik aku sambil memandang cermin. Aku tengok semua yang aku miliki. Cantiknya kurniaan yang allah bagi kat aku tapi aku. Langsung aku tak pernah bersyukur. Pastu, aku terus terpandang al quran kat atas rak sebelah meja belajar aku. Terdetik dalam hati aku nak membacanya kembali. Dah lama aku tak solat, tak baca al quran. Ya allah hinanya aku.

"AKU INGIN BERUBAH!!" ya aku teringin sangat nak berubah. Aku nak kembali kepangkal jalan. Macam ustaz dalam ceramah yang pernah aku dengar “ tuhan maha pengampun”. Aku tekad aku nak berubah demi diri aku sendiri. Aku dah pinjam tubuh aku nie dari allah aku patut hargainya. Aku janji kalau allah selamatkan kawan aku, aku akan terus sujud padanya.

Dan allah makbulkan doa aku. Dia sihat balik selepas tue, selepas dari itu aku memang tekad untuk berubah. Aku hafal balik semua ayat dalam solat, aku dah mula baca al quran balik walaupun banyak yang aku dah lupa. Dan alhamdulliah mungkin inilah caranya allah nak buat aku sedar kesilapan aku. Aku bersyukur dia selamat. Aku sangat bersyukur. Allah masih sayangkan aku. Sebab tue dia uji aku macam nie. Aku kembali dekatkan diri kepadaNya.

Sekarang aku dah mula rasa tenang bila aku mengerjakan segala suruhannya. Aku berjanji aku tak akan ingkar suruhannya lagi. Ya allah TERIMA KASIH atas semuanya. Aku bersyukur kau masih memberiku peluang untuk menjadi umatmu.

sebenarnya kawan aku ada pesan sesuatu kat aku. inilah pesanannya:

aku sakit sangat nie. aku kenal ang. ang memang kawan baik aku. aku tau semua pasal ang. aku harap ang dapat berubah. solatlah!! bacalah al quran!! aku tak mo ang sakit macam aku. perit sangat nie. nie tera aku selalu solat aku sakit macam nie. aku nak ang berubah sementara masih ada waktu. kalau ang kawan baik aku. ang buatla apa yang patut, masih ada waktu untuk ang..

_______________________________________________________________________

huhhh... dah selesai. harap boleh menjadi pengajaran buat semua. solat tue tiang agama jangan kita ingkari. kalau tak ada tiang robohla rumah. walau sebaik mana pon kita dijaga oleh ibu bapa kita. pasti suatu ari nanti kita akan terpesong jugak kalau kita tak mengerjakan suruhannya..

syaitan tak pernah berhenti untuk menyesatkan umat muhammad.
moga kita sama2 dapat berubah untuk jadi lebih baik.
AMIN..

Friday, April 15, 2011

SAYA NAK CUPCAKES ITU!


assalamualaikum semua..
nampak banner kat ats tue..??? macam pernah nampak dalam blog nora kan??
hahhahaah kalau yang belum pernah nmpak meh terjah entry nie...

seee nora dah pernah review dia la... hhaaah
so arinie nak join giveaway dia...
senang ja... meh baca syarat2 dia...

1. buat entry " SAYA NAK CUPCAKES ITU! "

- llalala nie duk buat la...

2. masukan header blog Inchik Eman (link kan ke entry ni kalau boleh)

- errrrmmm dh letak header... kalau ampa nak join klik sini.. hehhehe

3. jadi follower di blog COCOCHIP CUPCAKES ini.

ha bukti nie... lalalaala

4. sejak bila jadi geng KBU? dan dari negeri mana?

sejak bila jadi geng kbu??? errr klik sini..
entry pasal kami blogger utagha...
nora join 31 january 2011 cm na nora tau??
lepas nora buat entry tue terus cik gksb jemput..
mula dari tarikh tue la.. terus sayang kat kbu... love u alll... lalala

nora nie orang Perlis..
memang lahir, menetap n belajar semua kat sini.. hihi..
anak jati nieh...

5. DONE! submit entry ampa tu di koment sini.

- otw!!!

TARIKH TUTUP tak decide lagi. tengok laa kalau meriah sangat tutup awal laa.
;)

haaaa.... geng kbu kaih meh masukkkk!!!!
giveway nie khas buat kita ja.. lallaal..
tq inchik eman!! comei giler cupcake tue.. nak!!!

Dinner kolej kesinai 3 a.k.a inai n i'm with one blogger momochan

assalamualaikum semua..
arinie nak citer pasal satu dinner lagi..
dinner nie berlansung pada 14/4/2011..
tema dinner nie.. ladies night... wah2.. nama dia vouge gitu...
tapi semua macam confius nak pakai apa... so men hentam ja la... hahhaha
dah3... meh usha apa kami nora makan malam tue..


nyum3.. sedap kan?? lalalla aduhhh cheq yang tengok nie pown asa lapar pulak..
memang sedapla makan malam tue..
dah la memang lapar giler..
bila dia bagi pengunguman leh ambik makanan memang serbu terus..
hhaha lapar sangat kowt..



ha tue semua yang comei2 tue kawan2 nora yang teman nora malam dinner tue..
walaupun esoknya ada test kami tetap pi nak support event kesinai 3..
so pi je la makan2, n salah seorang kawan nora dapat cabutan bertuah wehh..
bertuah betul dia malam tue.. hahha
dah la masa tue dia buat bodo ja... macam layan tak layan..
bila no dia dipanggil kawan nora yang sowang lagi tegur..
"eh no ang tue..." terus dia terkejut bangun.. hhahaha

ha nie meh nak citer satu lagi..
macam tajuk entry nie nora jumpa sowang blogger comei weeehhh..
nak tau sapa??? meh usha bawah nie..



comei tak?? sapa comei lagi...??
hahhah dah2.. tak payah nak undi..
adik momo nie memang comei..
muka chiness look.. nora tak sempat lagi nak bawak jumpa geng blogger utagha...
sowi na.. len kali nora bawak momo gi jumpa depa tau..
so meh jenguk blog dia yang comei tue.. klik si budak comei + kiut nie..

so dah kowt.. tak der apa sangat nak citer...
nora tinggalkkan korang ngan gambar dibawah..
malula plak.. LAYAN JA.. lallaala


-_-"

Monday, April 11, 2011

Short Story: Aku, Dia dan Library (bab 1)

Namaku haliza. Aku sekarang nie duk tunggu keputusan masuk ke universiti. Alhamdullillah keputusan aku baik la jugak kan. Aku nie bukan macam pompuan lain. Lemah lembut segala kan. Aku nie kasar sikit. Sikit ker?? Hahah tak la sikit sangat.so kat sekolah memang aku rapatla ngan budak laki. Dah aku kasar takkan aku nak kawan ngan budak pompuan yang lemah lembut segala tue kan?? Tapi satu ja aku nie. Aku takla plak jenis keluar ramai – ramai lepak ngan geng laki tue. Depa tak bagi kata depa. “ang pompuan kena jaga tatasusila. Kami tak kisah ang kawan ngan kami tapi kami tak mau ang rosak cam budak2 pompuan yang berpeleseran tue.” Huhhhh tabik la aku dapat kawan cam depa nie. Memang sayang gila kat kawan – kawan aku tue. Bukan senang nak cari kawan yang boleh jaga kawan.

So arinie penentunya, aku pun pi la check kat kotak surat tue. Memang banyakla surat yang sampai kan. Dengan bil letrik abah aku lagi. Tak per2 aku pun usha arrr dalam banyak – banyak surat. Tetiba mata aku terpaku kat satu surat tue. Ada lambang university teknologi mara (UiTM). “hhooho ada surat untuk aku nie. Tapi takut plak nak baca” lepas tue aku bawak semua surat tue masuk rumah. Surat aku, aku pegang terus aku masuk bilik. Takut wehhh mau surat aku tue dia kata permohonan ditolak mau nagis aku.. errr sekuat – kuat aku pown mesti ati macam pompuan gak kan.

Pastu aku bukan perlahan – lahan, koyak sikit. Pastu aku bukak surat tue. Baca satu2.. pastu… “waaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!! Aku dapat masuk UiTM wehhh!!!! Gilarla!!!!” pastu aku terus gi dapur nak cari mak aku. “mak!!! Mak!!!” aku terjerit – jerit dari tangga. “awat nie?? Ish buruk bebenor engkau nie. Terjerit – jerit. Mau pengsan jiran sebelah tue.. engko nie..” leter mak aku. ‘peduli apa aku.. hahhah’ bisik dalam atiku. “mak baca nie!! Mesti mak pun akan jadi cam akak.” Sambil menghulurkan surat UiTM tue. Pastu aku tengok muka mak aku berubah. Dari marah – marah terus tersenyum, “engko dapat masuk UiTM???? Syukur alhamdullilah” sambil datang memelukku.

Memang waktu tue tak dapat nak bayang arr perasaan aku ngan mak aku kan. Tak sangka wehh. Aku nie dah la macam nie. Hihi memang tak sangka la. Pastu aku gitau kat abah aku pasal surat tue. Dia pun gembira ngan keputusan tue. Aku nie memang dah sangat – sangat seronok arrr. Tak terkata wehhh.

Sebulan lepas tue aku dah der kat UiTM nie. Sebangai pelajar baru aku memang kena ikut minggu orientasi la. Memang penatla ikut program nie. Dah la jauh aku nak kena jalan dengan kak OC duk bising suruh jalan cepat – cepat. Memang hangat ati la aku nie, tapi disebabkan semangat berkobar – kobar dapat masuk universiti aku ikut ja arahan depa tue. Dengan kena pakai tudung segala, dah la aku nie tak biasa pakai tudung. Panas weeeeeehhhhhhhh.

Tapi aku redha ja. Aku dapat satu bilik ngan sowang pompuan nie. Huhhhhhh memang lembut weeehhh.. lawa gak la dari aku nie macam selekeh ja. Jadi sepanjang minggu orientasi nie aku kawan ngan dia ja la. Dia la yang ajar aku pakai tudung, pakai baju kurung. Almaklumlah aku nie nak pakai semua tue memang tak la. Zaman sekolah ja la. Tapi tue pon dah lama tinggal. Ha la lepas exam aku duk umah ja. Kerja memang tak la hahhaha. Penyengan betul aku nie.

Jadi memang banyak aku belajar dari si faridah nie. Aku panggil dia idah ja. Singkat sikit, dia ambik jurusan kosmetik. Eh3 bukan geometik. Haha silap plak muahahaha. Aku nie plak budak akaun. Macam mana aku leh terlekat ngan akaun nie pown tak tau. Sabar ja la. Aku nie memang minat math tapi tue la hurmm..

Jadi arinie ari terakhir minggu orientasi, semua pakat sedih la bila ada sowing kak OC nie. Kami panggil dia OC nana. Dia minta maaf wakil dari kawan – kawan dia yang lain. Memang pakat melelih air mata arrr depa – depa nie. Aku macam biasa arr ati batu. Aku tengok ja depa duk nangis. Aku diam ja. Tapi terasa gak la selama nie kak OC nie jugak yang duk tolong kami macam – macam. Isi borang nu borang nie. Kalau suh aku pi buat sendiri mau jenuh aku. Mau tau la, satu – satu pejabat bukan dekat. Nie semua depa sedia siap – siap. Masuk dewan kami isi ja.

Jadi arinie ari first aku masuk kelas. Aku memang tak kenal sapa – sapa lagi. Masuk memang tercangak sowang – sowang la dalam tue. Pastu mai sowang budak pompuan nie menyapa aku. “hai boleh duduk sini??” selamba ja dia Tanya aku. “boleh – boleh saya duduk sowang ja” gilarla lembut gila aku cakap. Haha tak pernah wehh aku kan kawan ngan budak laki ja. Jadi memang kasar la percakapan aku selama nie. Minah nie nama dia suzana. Aku panggil su.

Hari tue aku masih pakai tudung. Tapi biasa la selebeh ja. Ahhaha mana aku reti pakai tudung tapi lantakla. Aku memang tak kisah pon ampa nak kata apa pon ampa punya pasal aku tak ganggu ampa pon. Keesokan arinya dan keesokan hari lagi aku masih bertudung. Perhh memang satu perubahan yang menakjubkan la bagi aku. So kawan aku si su dan si idah nie la yang banyak bagi aku tunjuk ajar. Depa tolong aku betulkan segalanya. Sebelum nie aku tak pernah solat aku solat. Semua sebab depa banyak bagi aku tunjuk ajar. Memang aku sangat – sangat bertuah ada kawan macam depa nie. Tak pernah jemu tunjuk ajar kat aku.

Nak kata mak aku tak pernah ajar aku sembahyang segala memang mak aku memang duk hingar tapi aku wat dekkk ja. Tapi tah la mungkin allah dah hantar mereka sebagai utusan untuk membimbing aku. Memang sekarang aku dah berubah jadi lemah lembut, cakap pown dah slow. Aku pun tak percaya ngan apa yang berlaku sekarang sungguh aku sangat – sangat teruja ngan apa yang terjadi kat aku.

Dah 2 bulan aku kat sini. Aku memang sangat - sangat berubah. Tapi selama nie aku memang tak pernah balik rumah. Tah la, mybe sebab assignment banyak dengan homework lagi. Tapikan sepanjang aku duk kat sini aku tak pernah lagi jejak kaki kat library. Hahaha teruk kan aku. Orang lain tiap – tiap hari jenguk library tue. So setelah sekian lama aku duk sini tapi tak pernah pi sis u nie pon ajak la aku pi sana. Nak cari buku agama katanya nak wat asigment CTU 101. Aku pon kena wat asigment tue jugak so aku pon dengan kemalasan ikutla dia ker library tue.

Dalam aku duk belek buku banyak – banyak atas meja kat library tue aku terpandang sowang mamat nie. ‘fuhhh hensem gak mamat nie. hahha’ gelak aku dalam ati. Tapi kusyuk gila mamat tue. Pastu aku sambung ja kerja aku. Si su tue lagi la tekun gila memang aku respect la dia tue rajin study. Habis ja usha - usha , copy2 apa yang patut si su tue pon ajak aku balik. So jam memang dah menunjukkan pukul 6.30 petang.

Perut aku pon dah berbunyi nie. So aku balik tue ajak si su singgah dining beli makanan. Kang perut aku masuk angin la plak. Sapa mau tanggung?? Hahaha aku memang jaga sikit bab makan nie. Tak mau ada penyakit. So bila tiba waktu makan memang aku akan makan.

Keesokan lepas kelas aku pi library sowang2. Errr hahhahah aku teringin nak tengok mamat kelmarin tue saja ja nak usha2 kan. Hahhaah apa salahnya tengok ciptaan tuhan. Memang ternyata dia ada kat situ. Tak sangka aku. Aku pon berpura – pura ambik buku. Buat2 baca. Hahah mata duk renung mamat tue. Apada, tapikan nie la kali pertama aku asa macam nie sebelum nie banyak ja kawan2 kat sekolah aku yang hensem2 tapi aku buat dekk ja. Hahaha

Pastu hari – hari seterusnya pown aku pi library sampai roommate aku n si su tue pon pelik. Hahaha aku wat tak kisah ja hahha. Pastu satu hari hari tue si idah nie nak ikot aku gi library, aku cakap jom ja la. Aku tak kisah sangat kalau dia nak ikut. Kawan baik aku kowt apa salah nya kan. So seperti biasa dimeja yang sama kerusi yang sama aku duduk kat situ. Si idah nie kusyuk arr duk baca buku dia. Pastu tetiba aku nie terkantoi plak ngan si idah nie. Duk termenung usha baik ja kat laki tue. Pastu……..

____________________________________________________________________

hehhe.. cukup kowt sampai situ dulu.. nak tau selanjutnya tunggu next entry.. kalau nora buh semua kang korang tak larat nak baca plak kan.. tq sudi membaca cerita nora..!!

____________________________________________________________________

Saturday, April 9, 2011

down sangat.... =(

assalamualaikum semua..
harinie mood dah down..
macam2 benda dah berlaku..
hurmm.... schedule untuk minggu depan..

isnin: test audit
selasa: test maf then presentation etr
rabu: errrr tak der pe
khamis: tak der pe gak.
jumaat: test tax plak..

ya allah tolongla hambamu nie.. runsing dah kepala nie...
tadi der buat undian.. pastu errr...
ada yang datang lambat then sebelum tue dah msg...
kalau lambat kena present dulu....
hurmm orang lain mybe ok.. tapi nora jenis yang cepat asa bersalah..
so sekarang rasa down sgt... rasa macam nora plak yang salah...
tak tau nak habaq lagumana... group nora pun kena yang terawal gak..

dah la runsing sebab kami kena no 3 pastu ngan ada yang terasa...
hurmmm sangat2 tertekan sekarang...
tah la.. hurmmm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman Bloggers..

jom check page rank blog kita!!

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service