Wednesday, June 29, 2011

"Udang Sanggul"

assalamualaikum semua..
arinie nak bagi resepi satu masakkan..
haa.. nak try tak??

pernah dengar "udang sanggul" ??
nora first dengar kat tv.. aiyookk malu ja..
dah la makanan terkenal kat perlis time bulan puasa.. tapi tak pernah cuba pon..

satu hari mak kata.. jom kita masak udang sanggul.
dia kata baru lepas tengok kat satu rancangan tv.. so apa lagi.. hihihi...
kami pon try ler..

meh tenguk rupa dulu... tapi tak secantik kedai la..
first time try.. le kali buat mesti lagi cantik hihih..

*sebelum masak..

*selepas masak..
sedap2.. nak try?? ikut resepi dibawah..

bahan2:

- udang
- garam n kunyit (sikit ja untuk perap ngan udang)
- kulit popia
- telur
- tepung gandum


cara2:

1. gaulkan udang dengan garam dan kunyit.. then perap..
2. potong kulit popia memanjang nipis2.. kalau boleh nipis dari yang nora buat.
3. ambik udang, masukkan kedalam tepung...
4. kemudian masukkan dalam telur.
5. gulung udang dengan kulit popia..
6. goreng udang sehingga kekuningan.


SELAMAT MENCUBA...

kalau ada apa2 leh contact nora kat inbox FB... :)

Tuesday, June 28, 2011

Cuti2 @ langkawi..

Assalamualaikum semua..
kali nie nak citerla sal nora gi jalan2 kat langkawi.
entry ni dah lama tertangguh actually.. hurmm

first time gi sendiri.. duit sendiri... semua sendiri..
hoho... abis banyak gak la.. hihih..
okeh untuk perjalanan trip kali nie..

Day 1: gi makam mahsuri pastu gi dataran helang...
Day 2: island hopping n cable car
Day 3: mandi kat pantai chenang, shopping, jalan kat dataran helang n taman lagenda

dah2 malas nak cerita panjang meh nengok gambar je la..
kita ikut turutan na....

MAKAM MAHSURI

bayaran masuk: rm5 dewasa
*kanak2 tak ingat.. hihi

*rumah mahsuri

*telaga mahsuri

*makam mahsuri


DATARAN HELANG

bayaran masuk: hihihi free la..

*sempat tangkap satu jer.. pastu bateri kamera abis.. :(

ISLAND HOPPING

bayaran masuk: rm20 keatas..
*kena pandai kawtim ngan pakcik boat.. :)

*dalam boat..

*tasik dayang bunting

*usha helang atau nama lain eagle feeding..
errr tak bagi makan pon.. tengok ja.. :)

* nmpak kapal besar nie sebelum sampai ke destinasi seterusya..
teruja sebentar.. hoho

* pulau beras basah..
cantik tempat tue.. pantai dia putih.. auuuww tergoda..

CABLE CAR

bayaran masuk : rm 30
*tapi nora masuk RM 15 kalau beli kul 5-7 petang dapat potongan 50% untuk bumiputera

*masa nie awal lagi.. pi kat kaunter baca notis sal 50% tue..
disebabkan nak murah.. so jalan2 dulu.. hihihi...

*nie kat skybridge... kabus jer.. macam cerita jurassic park plak.. err

*nie masa nak naik balik dari skybridge..
penat berhenti ambik gambar dulu.. hihihi

PANTAI CENANG

bayaran masuk: hehhe tak der la..
* tapi nora main banana boat kena sowang rm 10.. harga asal rm20.. :)


MINYAK GAMAT

* kalau pi lagkawi tak pi tempat proses gamat mesti tak bestkan??
so kami pon jalan2 gi kedai dia.. dapatla sikit penerangan dari abang yang jaga kedai kat situ.

*kawah berisi gamat dan rempah.. kalau celup jari rasa suam2...

TAMAN LAGENDA

bayaran masuk: free.. :)

kalau nak tau apa ada dalam taman nie.. korag kena gi sendiri..
banyak kisah dogeng yang ada dalam tue.. nak tau sal langkawi??
baik masuk sini ja.. semua ada.. :)

*edited.. hihi.. tempat nie cantik kalau photoshoot wedding..
hoho.. best2.. len kali kalau dapat gi nak pusing bagi abis2..


masa pi sini nora jumpa dua orang blogger yang ada kat langkawi..
kalau kami blogger utagha buat kat alor star nora buat kat langkawi hihih..
apa2 pon tq kat dua orang blogger nie sudi teman nora gi taman lagenda dan antar nora balik..
hurmm nak kenal?? klik sini n sini...

pastu masa balik online FB.. bukak la group KBU ( kami blogger utagha )
ada sowang blogger nie dia kata nampak nora kat langkawi gak..
hoho tapi dia malu nak tegur aiyaa sabor je la..
korang2 kalau jumpa nora tegur2 la.. nora tak makan orang la.. hihhi..
nak kenal blogger yang ckp nmpak nora tue?? meh klik sini..

nantikan entry nora gi jalan2 seterusnya.. hihi..
keep smile :)

tambahan: arinie birthday sowang dari blogger diatas... jom pi ucap birthday kat dia ramai2
meh klik sini.

Monday, June 27, 2011

"CsP nak bagi hadiah!!!"


assalamulaikum semua..
dah lama dah nora kena tag oleh along kat kbu si pemilik blog

FRAME N LENSES

tapi tak berkesempatan nak join lagi.. hihi.. sibok..
errr sibok apa erk.. sibok gi jalan2.. hahahaha
maaf yer along nadh.. nie nora join.. :)

CARA PENYERTAAN
1. Buat satu entry dengan tajuk "CsP nak bagi hadiah!!!"
2. Letak header blog ini dan linkkannya ke entry ini.
3. Nyatakan satu entry yang anda minati dari blog Cerita si Padlie dan mengapa.
4. Berikan cadangan penambahbaikan untuk blog Cerita si Padlie.
5. Tag la sorang dua kawan dan maklumkan kepada mereka.
6. Tinggalkan link entry anda di komen entry ini.

okeh tue cara penyertaan dia..
no 1 dan 2 = DONE..

satu entry yang nora suka.. hurmm setelah nora godek2.. errrr..

PANAS SALAH, HUJAN SALAH..


kenapa??

sebabnya apa yang padlie kata tue betul..
nora memang kadang2 terfikir gak.. kita nie banyak sangat cakap..
semua benda dan kejadian kita duk selalu salahkan..
nora tertarik ngan satu perenggan dari entry dia..

Mulut tak henti berbunyi..
Panas tak puas hati,
sejuk pun tak puas hati..
Tak puas hati kat siapa sebenarnya ya?
Kat Dia yang jadikan hujan dan panas ke?
hurmmm... betul jugak dia kata.. *thingking..

cadangan penambah baikkan:

hurmm.. nora tak tau nak bagi cadangan apa..
kedudukan benda2 dalam blog ok jer.. entry best..
hurmm.. semuanya ok la.. :) bukan nak bodek..
tapi tue kenyataan.. keep it up!! suka blog kamu..

nora nak tag: pakcu sofi, syuhada

kalau korang nak join gak.. meh klik sini..

Sunday, June 26, 2011

Segmen KBU, Jom kembali ke sekolah!

assalamualaikum semua..
bersempena cuti sekolah yang lalu geng2 KBU mula nak mengimbau kenangan lama..
nak tau apa yang depa duk imbau meh jenguk kat blog pakcu nie..
dia yang buat segmen nie.. so apa salah nora join (walhal pakcu paksa nora join.. errrr)..
apa2 pon meh nak tunjuk perubahan muka cheq dari kecik sampai sekarang...

errr... nampak montel jer semua kan??
actually ada gambar masa umur 1 tahun sampai 7 tahun..
tapi gambar tue hanya boleh jadi simpanan peribadi nora jer.. hihi
masa umur 1 tahun sampai 7 tahun tue badan nora tak la besar sangat..

masuk darjah 1 pastu pindah duk kuala perlis terus membesar badan nora..
errr.... biasala dah duduk lembah makanan.. masa tue nora ngan angah ja..
adik no 2 nora tue.. habisla mak abah curah kasih sayang.. errr..
ok2 banyak dah citer.. terkeluar tajuk dah nie.. jom nak citer zaman sekolah plak...

TADIKA:

errrmmm zaman tadika nie nora tak berapa nak ingat sangat..
tapi masa nora umur 5 atau 6 tahun tak berapa nak ingat..
mak ngan abah ada buat kejutan kat tadika..
depa hantar nora gi tadika macam besa aritue..

pastu dekat tengah hari kot.. tak berapa nak ingat..
abah datang jumpa cikgu tadika gitau nak buat majlis harijadi kat tadika..
bila cikgu buat pengunguman kat semua memang semua duk ejek2 errr ejek ker..
ala macam kata2 kat nora.. memang malu la nora..

nora ingat lagi nora lari sembunyi belakang almari.. aduii punyala malu..
memang kenangan terindah dalam hidup nora la..

depa dapat ais conetto sowang satu masa tue kot..
gambar nie nora crop.. tunjuk geng laki ja..
pompuan masa nie kan tak pakai tudung.. bahaya,.. hihihi

SEKOLAH RENDAH:

masa sekolah rendah tak der apa sangat nak cerita..
nora aktive gak masa sekolah rendah tue..
bola jaring, pasukan pancarangam, pentomin, macam2 lagi la nora join.. hihi
time sekolah rendah yang paling best nora boleh dapat 99% dalam matematik..

hoho memang masa sekolah rendah dulu abah memang tak risau sangat pasal math..
tapi pengalaman pahit time sekolah rendah.. kalau nora tak dapat result macam target abah..
dia tak kan tanda tangan buku rekod nora.. mesti ramai yang tak percaya kan??
tapi kawan sekolah ngan cikgu memang dah tau dah..

nora masih ada bukti kot.. buku rekod still ada dalam simpanan nora..
sekarang kalau abah tak tanda tangan mak yang akan tanda tangan..
nora memang cemburu kot ngan adik2 nora.. =_="

SEKOLAH MENENGAH:

errr masa sekolah menengah.. hurmm
apa erk nak cerita.. meh tengok perubahan muka nora dulu ler.. hihih

nie masa tingkatan 1.. muka budak2 lagi..
masa nie 1 gigih..

nie masa tingkatan 2 gigih..

nie masa tingkatan 3 gigih..
=_=" tak pindah kelas langsung


nie masa tingkatan 4 teknologi maklumat 2..

5 teknologi maklumat 1...

hurmm masa form 5 tak der gambar.. nora tak beli kot..
tah la tak ingat.. hihi.. ni pun ambik kat majalah sekolah.. hihi..

masa sekolah menengah nora duk asarama..
banyak kenangan dari asrama ler.. err.. nora pernah ponteng sekolah time form 3..
nie kawan nora la mengajak.. dah abis PMR nak gi sekolah pon tak tau nak wat apa..
tapi sekali tue je la.. nora sangat2 takut time tue..
ye la mau tiba2 warden check bilik tak ker kantoi jenuh nak menjawab cheq macam tue..

time duk asrama yang bestnya leh gi jalan2 hihi.. free of charge jer..
dah pernah ikot gi kl, cameron.. hahhaha tempat basic la.. tapi 2 3 kali gi...

nie gambar graduate.. hihih..
gradute time form 5 kat sekolah..

yang pasti zaman sekolah zaman yang paling best..
dan pada zaman sekolah nora dapat bestfriend...

love u all!

nak tau kenangan geng kbu yang lain.. meh jenguk entry pakcu..
dia dah senaraikan sapa yang join.. klik sini

Friday, June 24, 2011

Kenangan Pahitku Contest

assalamualaikum semua..
arinie nak masuk contest lagi..
hurmmm dah lama dah tegok2 contest nie tapi tak terbuka hati nak bercerita..
tapi arinie terasa nak berkongsi ngan semua..


nie banner contest nie..
tamat pada 30 june 2011.. so kalau ada yang join sempat lagi..
meh klik sini..
---------------------------------------------------------------------------------------------------

cerita nie masa nora sekolah dulu.
biasalah masa tue muda lagi so sapa tak nak bercinta kan??
mula2 tue semuanya ok lah. biasa la semuanya sedap dimata.
tak dak apa yang buruk, baik jer. tapi bila masuk form 5.
nora tak tau kenapa dia berubah. dia jadi panas baran.
kalau salah sikit memang kena la.

mesti ramai yang tak percaya kan??
tapi tue yang berlaku kat nora.
nora pernah kena pukul ngan buku teks kat muka sebab lambat bagi simcard kat dia.
memang sakit kot. tapi nora sabar lagi.
kawan2 memang marah kat nora. depa cakap ang boleh sabar lagi nora..

nora senyum jer. lepas tue macam2 lagi berlaku.
pernah dia ambik phone nora. semua nie sebab nora tak dengar cakap dia.
pastu masa dalam perjalanan balik asrama dia tunggu tengah jalan.
memang dah ketar dah la. dengan enset kat tangan dia.

nora memang serabut dah. pastu nora slow2 minta kat dia.
memang waktu tue dia tengah marah kat nora.
nora pon dah habis tahap sabar. so nora pon marah2 jugak la.
mana tahan asyik kena ja. pastu dia tolak nora kat pangar padang sekolah.

kawan2 boleh pandang ja. depa pon takut.
nora memang malu sangat adik2 semua tengok.
pastu dia heret enset nora atas tar tepi jalan tue.
menangis nora tengok dia heret enset tue. ya allah sedih giler tengok enset tue.

memang bahagian bawah enset tue rosak la.
boleh guna lagi tapi sentimental value kot.
wan nora yang bagi enset tue. lepas tue dia bagi balik enset tue dia balik jer.
ngan muka still marah. tue pon nasib kawan2 laki yang tolong leraikan.

nora pernah cerita kat sowang cikgu yang nora percaya.
dia kata dalam hidup nie memang kita akan jumpa laki macam tue.
tapi mungkin nora tak bernasib baik sebab jumpa dia masa time sekolah.

tak cukup ngan tue ada satu ari tue nora nak gi latihan taek kwan do petang tue.
dia tunggu kat tengah jalan. dia sebenarnya tak bagi nora join taek kwan do.
tapi nora join sebelum nora kenal dia lagi. banyak gak la dia larang nora join aktiviti.
waktu nora dengan dia, nora memang jarang cakap ngan laki.

sebab dia memang tak bagi. nora ikot gak. tapi kadang2 nora melawan gak. hihi
satu hari tue. nora pergi sekolah lambat sikit. dia memang marah2.
sebab tali leher dia ada kat nora. dia suruh nora basuh. grrr sabar je la.
pastu dia memang marah2 kat nora. dah la kami ada kursus aritue,

kat sekolah teknik kangar. so kena naik bas. nora dah pesan kat kawan nora.
ang kena duduk tepi aku dalam bas. tapi dia lagi bijak.
dia duk dekat2 ngan nora masa naik bas. apa lagi bila nora jumpa tempat duduk.
terus dia duduk sebelah. memang gaduh la sepanjang jalan.

tak cukup ngan tue. dia sigung2 nora.
kat bahangian perut tapi nora halang ngan lengan nora.
sakit tue tak payah gitau la. dekat ngan sekolah teknik tue dia ambik enset nora lagi.
memang nora marah2 nak balik kan. pastu geng laki duk marah dia n sruh bagi balik.
memang dia bagi balik enset nora. masuk ja dewan tue dia ada letak beg kat satu meja tue.

pastu nak jadi cerita nora kena duduk kat meja tue.
pastu kawan chinesse sowang tue pi ubah beg dia letak tempat lain.
dengan muka marah si dia tue pandang nora smbil ambik beg dia.
marahkan nora ubah beg dia. aduuiii aku lagi kena.
bukan salah aku pon. tetiba dia baling satu benda.

pendrive nora. patah dua kot. memang nangis la nora pandang pendrive nora tue.
balik tue, bukak baju sekolah tukar baju biasa. tetiba terpandang lengan.
ya allah lebam tangan nora. memang biru la tangan tue.
kawan nora semua memang dah bengang ngan apa dia wat.

sebenarnya sebelum kami balik tue. dia dah pesan.
siap ang esok kat sekolah. memang nora hidup dalam ketakutakan sepanjang form 5.
tuhan ja tau perasaan nora masa tue. pastu setelah fikir panjang2.
nora tekad call mak. memang tak sempat cakap apa.

terus nora teresak2 nangis. mak memang cemas dah.
tanya nora macam2. dia kata hurm tak pa2. mak cakap slow2 ngan abah.
tak sampai setengah jam abah call balik.
memang tanya macam2 pastu dia kata nak mai hostel.

ya allah ketar nora masa tue. takut abah mengamuk.
abah datang jumpa nora pastu cakap kat nora.

abah: berapa kali dah kena?? nak tunggu sampai mati baru nak bagitau abah ka??
nora: errrr... (mampu tunduk ja)

pastu abah terus cakap nak jumpa ngan dia. aduuii ketar lagi.
abah jumpa warden asrama laki then suruh panggil dia.
nora memang ketar nampak dia turun. pastu cakap2 n selesaikan semua.
abah kata kat nora sebelum balik.

" lain kali gitau awal2 jangan sampai dah teruk baru nak gitau.
bukan benda main2 bila kena ugut. "

hurm.. memang pengajaran buat nora.
harap benda nie tak kan berlaku kat orang lain.
mungkin sebab dia jadi cam tu salah nora jugak.
tapi tah la tuhan saja tau apa yang terjadi

Pesanan nora : kalau sayang berpada2, jangan iyakan semua tindakkan dia pada kita. kita pon manusia juga. kalau dia betul2 sayangkan kita, dia akan lindungi kita dari ancaman luar ataupun dari diri dia sendiri. :)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

kalau dia baca entry nie. jangan anggap nora berdendam kat kamu. semua tue kisah lama nora dah lupakan. cuma nora story supaya jadi pengajaran buat orang lain. jangan bertindak mengikut hawa nafsu. ikut akal fikiran. sekarang kami kawan. :)

nak tag 5 orang:

frame lense
ayie

mimie
cucutokmat

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Thursday, June 23, 2011

"SEGMEN : Ady Budika Nak Kasi Ole-Ole Dari London"


assalamualaikum semua..
kali nie nak masuk segment abg adi budika plak..

macam mana nora leh jumpa blog abg ady??
hihihi.. melalui KBU la atau nama penuh KAMI BLOGER UTAGHA.
time tue kenal biasa2 ja.. first jenguk entry pasal frogy frog dia..
hihihi comei ja tengok katak tue.. aduuii..

waktu tue silent readers jer...
pastu ada satu mini ghatering kat alor star..
nora tak boleh nak join. memang tak dapatla nak jumpa..
tapi ada satu kenangan ngan abg ady nieh..
haaaa meh nak citer..

nie ghatering yang besar punyer..
time nie nora buat plan ngan ahli2 lain nak pekena admin kami cik gksb..
tapi last ramai yang terkena ngan kepala perancang nie.. adooii cian depa..
termasuklah abg ady nie.. dia siap call nora..
memang terkejut la.. nombor asing masuk enset.. terfikir panjang la nak angkat kan..
tapi alih2 dia pon kena hihih..

lepas tue terus leh rapat2 la ngan abg ady nie.. tak serapat orang lain.
sekurang2nya kenal gak kan??? hihih.. cm tue la kenal ngan blog n owner dia..

so jawapan mana nora kenal blog dia..
dari KAMI BLOGER UTAGHA ler.. hihih

nak join gak??? meh klik sini..

Bila si dia tak ambil peduli..


assalamualaikum semua.
mengenai tajuk nora arinie.
mesti ramai yang tertekan kalau jadi macam tue kan.
sakit ker apa ker. dia buat tak peduli jer.
dia macam tak der perasaan. langsung tak perihatin kat kita.

apa nak buat?? meh sini nak ngajar.
nora dapat dari majalah dara keluaran julai 2011.
sebenarnya nora pernah buat benda yang sama jugak dulu2. hihi.
keputusannya?? ok la.

1. cakap hati ker hati..
terus terang ngan dia apa yang kamu rasa. kadang2 orang macam nie susah sikit nak faham apa yang kita kata. ye la dia kan lebih kurang macam tak der perasaan. tapi melalui cara nie mungkin dia akan faham. cubala tak salahkan??

2. buat sesuatu bagi dia cemburu
hahaha. yang nie selalu pompuan akan buat. tapi asanya yang nie selalu mujarab. kalau dia sayang mesti dia akan bagi lebih perhatian kat kita. ya la mau tak nya. hilang orang dia sayang. tak ker lagi susah.

3. buat tak ambil peduli pasal dia
cara nie kadang2 berkesan gak. laki nie ego tapi dalam ego dia nak jugak disanyangi. so dia mesti akan bagitau dia sakit la apa la. nak dimanja. so apa lagi korang boleh balas balik apa yang dia buat contohnya kata sakit erk?? hurmm. lama2 dia akan rasa balik apa yang kita rasa dia tak ambik peduli sal kita.

4. bagi pengajaran
cam ner?? apa lagi gunakan taktik merajuk anda. bila kita merajuk tak call dia, tak msg dia mesti lama2 dia akan terasa kehilangan kita. so lepas tue dia akan lebih cuba bagi perhatian kat kita. tapi pastikan bila dia tanya kita kenapa kita merajuk jangan bentak2 plak. marah2 ker. cakap baik2 bak kata majalah dara tue cakap dengan nada manja atau dalam nada bergurau.

5. kad dengan kata sidiran
huurmm bagi nora dalam msg pon boleh. tapi dalam msg kurang sikit nak berkesan mau dia jenis lambat tangkap aduuii kita plak yang panas so baik bagi kad or hadiah. mesti dia pelik tapi ayat sindiran kamu tue dapat bagi impak buat dia. jangan perli lebih2 kang dia kata kita terlalu nak manja2 ngan dia.. hihi

okelah tue jer kot tips yang nora ada buat jugak n yang ada dalam majalah dara.
nak banyak info jom beli majalah dara.. best2..
errr nie bukan nak promosi tau. tapi nak bagitau apa yang baik.

"ilmu kena kongsi, nnti kat akhirat allah tanya."

Jom Sertai Blog Pilihan Mingguan Askrie Hishamuddin!


assalamualaikum semua...
ha nampak atas tue ada header..
sapa punya erk?? kenapa erk??

hiihi meh sini nak citer..
dia nak buat satu segment.. blog pilihan setiap minggu..
apa salahnya join kan?? hihi.. ok dah2 nak antar link plak..
apa2 pon blog dia best gak..

nak join?? jom klik sini..

Tarikh tutup penyertaan : 31 Julai 2011

Wednesday, June 15, 2011

BLOGGER @ STAR PARADE ALOR STAR MEET UP

Assalamualaikum semua...

banner


BLOGGER @ STAR PARADE MEET UP

Tarikh: 18 Jun 2011 (Sabtu)

Masa: 11.30

Tempat: Star Parade Pacific, Alor Star

Aktiviti: Bowling, Ice-Breaking,


okeh macam dalam banner atas nie dah duk kelip2..
n detail2 yang nora masukkan kat atas...
nora nak ajak ramai2 geng belah utara nie..
tak pon sapa2 ja yang ada kesempatan untuk datang ker meet up nie..
jom2.. leh kenalan ngan member baru..

JOM RAMAI2 MERIAHKANNYA!!!

*pada yang nak war2kan event nie.. boleh ambik kod dalam kotak comei tue then paste kat sidebar ( design > add a gadget > html/java script ).. korang boleh ubah size banner nie.. ubahla height n width ikot kesuaian sidebar korang... =)*

Wednesday, June 8, 2011

BEN ASHAARI AJAK KRITIK BLOG AKU

asaalamualaikum semua..
nampak header besar kat atas tue??
mesti ramai yang dah paham kan??

segmen kali nie..
BEN ASHAARI AJAK KRITIK BLOG AKU
Link
jom join ramai2.. boleh tau kelemahan n kekuatan blog kita...
nak join?? meh klik sini..

Wordless Wednesday #WW1

assalamualaikum semua..
harinie tengok ramai blogger wat entry "wordless wednesday"..
macam best jer.. so nora nak join gak la...
pada yang nak join meh klik sini..

so gambar untuk harinie...


apa maksud gambar diatas??
JOM TEKA!!

Tuesday, June 7, 2011

Bahasa terlarang dalam karangan..

assalamualaikum semua.
tadi nora ada jenguk kat berita harian online.
jom baca article dulu.

KUALA LUMPUR: Fenomena pelajar sekolah menulis karangan menggunakan bahasa singkatan SMS dan bahasa sembang siber atau chatting, semakin serius selepas kemunculan pelbagai laman interaktif serta laman sosial di internet seperti Facebook dan Twitter.

Kebiasaan menggunakan bahasa singkatan itu menyebabkan pelajar terbawa-bawa ketika menulis karangan subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan, sekali gus menjejaskan mutu karangan dan mempengaruhi jumlah markah.
Antara bahasa singkatan yang digunakan ialah Askm bagi menggantikan Assalamualaikum, tidak (X); yang (yg); bila (bla); masa (mse); saya (sy); telefon (tpon/fon); dengan (ngan/dgn); terima (tima) dan sebab (coz).

Perkara itu diakui guru sekolah yang mendakwa ia semakin kronik disebabkan kebanyakan pelajar terlalu asyik melayari laman sosial sama ada menerusi komputer atau telefon bimbit untuk berinteraksi.

sumber: berita harian online
Kata Nora:
memang kita pon sedia maklum mengenai hal nie.
budak - budak zaman sekarang kan dah pandai.
enset sowang satu. adik nora yang baru darjah satu pon dah ada facebook sendiri.
hurm tah la masaalah nie semua orang kena ambik peranan.
kalau dibiarkan rosakla bahasa kita.
tue tak kira ngan bahasa melayu campur ngan bahasa english.
nora pon kadang2 terlepas taip campur2.

Apa kata korang??

Sunset @ Kuala Perlis


assalamualaikum semua..
dah lama tak post apa2 dalam blog nora nie..
mood tak mai la nak post entry dalam blog...
kali nie nak bagi cuci mata ja...
jom tengok sunset kat kuala perlis..




hurmm... banyak gambar yang nora post dalam blog nora nie..
ada orang bagi cadangan buka satu blog untuk semua hasil photography jer..
korang rasa patut tak???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman Bloggers..

jom check page rank blog kita!!

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service