Thursday, January 26, 2012

KEK KARAMEL

 assalamualaikum...

 first time try buat kek karamel nie... hehehhe.. dah lama dah teringin nak buat.. walaupon tak secantik macam orang lain buat.. tak kisah janji nora puas hati memang sedap la... tq kat kak shida untuk resipi nie... nak tengok versi dia leh terjah SINI... dia dah buat dua kali dah.. memang sangat sedap tengok... memang duk teringin lama dah.. duk cakap ngan mak.. arinie adik kata.. bila along nak buat?? esok nak balik dah.. hahha kesian plak kat dia... dengan kemalasan yang ada bangun gak gi bukak laptop print resipi pastu call abah mintak tolong beli bahan yang tak dak.. heee~~~ 

ada yang nak cuba ka?? meh2 nak ajar.. lebih kurang ja ngan kak shida punya dah resipi dia kan.. heee~~


Bahan bahan:
GULA HANGUS
2 atau 4 sudu besar gula
# taburkan gula pasir dalam loyang, panaskan untuk dijadikan gula hangus pastu ratakan pada keseluruhan loyang supaya kek tak melekat pada loyang tue nanti


Bahagian atas ( karamel )
1/2 tin susu cair atau 1 cawan penuh (untuk yang nie nora guna 1 cawan penuh)
70 gm gula castor
1/2 sudu teh vanilla
3 kuning telur
 # Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau dengan perlahan dan sebati tapi jangan sampai berbuih. pastu dah sebati ketepikan dulu.


Lapisan kek
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 ml air
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak

# mula2 campurkan air, kuning telur dan minyak masak pastu pukul sampai berbuih, dan masukkan gula, sambung pukul lagi sampai bahan2 nie  kembang pastu masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit, pukul lagi hingga sebati dan ketepikan..


Meringue
6 telur putih
70 gm gula castor
1 sudu teh krim tartar

# Pukul putih telur sehingga betul2 kembang... kalau boleh tue sampai bekas yang kita guna tue boleh diterbalikkan dan putih telur tu tak meleleh.. pastu masukkan gula sedikit demi sedikit sampai habis (sambil masuk tue pukul la bagi sebati bahan tue) pastu masukkan cream of tartar dan pukul hingga kembang sampai bila diterbalikkan bekas tue bahan tue tidak akan meleleh. **untuk pukul nie lebih baik gunakan speed laju sikit la.. kalau tak jenuh nak menunggu dia betul2 kembang.. huhuhu
CARA-CARA:
  1. Campurkan adunan untuk Lapisan kek  dan Meringue..gunakan senduk la untuk kacau kedua2 bahan nie.. jangan putar lagi yerrr erti kata lain sila KACAU DNGN TANGAN.. gunakan kaedah kaup balik apabila dua2 bahan nie dah sebati, pastu bahagikan kepada beberapa bahagian, warnakan setiap bahagian dengan warna yang disukai atau campurkan dengan perisa yang disukai. **untuk yang nie nora bahagikan pada tiga bahangian.. 1) original campur esen vanila ja, 2) perisa pandan campur pewarna hijau 3) bubuh pewarna kuning ja
  2. Tapis dan masukkan karamel dalam loyang gula hangus (loyang saiz 8” atau 9”) 
  3. Masukkan adunan kek yang telah diwarnakan secara berselang seli..nora tiru cara kak shida dengan mulakan dengan 1senduk warna asal ditengah-tengah loyang, kemudian masukkan 1 senduk adunan pandan di atas adunan asal dan 1 senduk pewarna oren di atas perasa pandan..pastu ulang balik la bagi adunan tue selang seli sampai adunan tue habis.
  4. Panaskan oven selama 10 minit
  5. ** untuk 45 minit yang pertama guna api bawah sahaja untuk masak dan lepas tue masak lagi 15 minit plak dengan guna api atas dan bawah pada suhu 180 darjah..
  6. Bakar kek dengan kaedah double boiler, tapi pastikan guna air panas tau. jangan guna air sejuk nanti tak jadi.. huhuhu mak nora dah der pengalaman... (contoh macam gambar kat bawah nie )
  7. Setelah masak biarkan 10-15minit, kek akan perlahan-lahan merenggang dari tepi loyang dan terbalikkan kek akan keluar dengan sendirinya dari loyang
  8. Sejukkan sekurang-kurangnya 1 jam dalam peti ais sebelum dipotong

SELAMAT MENCUBA..
**PERINGATAN: telur tue sebenarnya 6 biji ja tau.. kira elok2 naa... 3 biji telur kuning + 3 lagi teur kuning = 6 biji telur kuning.. 6 biji telur putih tuh ambik dari 6 biji yang dah guna dengan ambik telur kuning tue la.. tadi dah terconfius dah mak nora.,, hahahaha jenuh nak terang kat dia..

Wednesday, January 25, 2012

Dalam pembikinan..

assalamualaikum semua..
hai2 lama tak menaip nie.. sekarang dah mula cuti sem so banyak la boleh menaip kan2???
hehhehe kalau ada cerita nak story la kalau tak dak memang tak ter-update gak la kan.. heee~

apa yang dalam pembikinan??? errrmmm.....
ok!! baik korang rujuk entry nie... dah rujuk kan??? sapa yang duk masuk blog nora memang tertanya gak la.. banyak jawapan yang nora dapat.. so sekarang tapak tue dah jadi cam nie...







so agak2.. hee~~~
tak per2.. nanti dah siap betul2 baru la dapat tau apa benda tue kan2??
hehhehehe... insyaallah dalam bulan 7,8 nie siap la.. huhuhu...
dah sampai situ sempat lagi main posing2 kat tiang2 yang ada tue.. hahahha.... k lah...
daaaaa jumpa lagi na di next entry..

_________________________________________________________________

JOM LAWAT BLOG NORA SATU LAGI.. MEH KLIK SINI..
**dalam nie koleksi gambar2 yang nora ambik.. kalau ada komen.. drop la.. 
 untuk penambah baikan.. tq guysss.. :)

___________________________________________________________________

Sunday, January 8, 2012

nak petang dah JOM MAIN BOLA TAMPAR!!

Assalamualaikum semua..
haaaaa. tajuk nora kali nie.. hahhaha
setelah lama tak update status.. tapi nak wat cam na..dah sibok
so terpaksala lupakan seketika blog nie..
tapi petang2 tue la ayat yang selalu diterima nora..
ajak main bola tampar,, macam terer sangat kan..
 ala main suka2 ja.. macam2 gaya muncul masa main tue..

memang keras perut la gelak... sepanjang main memang bergelak ja...
tapi hari makin hari nora nampak improve la jugak sowang2 tambah2 nora la..
hahhaha mana main sangat bola tampar sebelum nie... hehehheheh


 gaya paling smart la depa nie boleh buat.. lalllala
larikkkkkkk.... mau depa baca kena la den.. hhaahha

 yang nie kalau orang yang tak dak kat tempat kejadian memang tak kan paham la..
nie si mat keng nie tiru gaya kawan nora si tima tue..
malas sangat nak bergerak mau tak kena ajuk ngan depa nie.. hhahahahaha




nie la aktiviti nora sepanjang petang tuk sem nie..
sekarang nie musim exam pon still lagi turun main..
apa salahnya kan2??? leh release tension kalau ngan depa nie..
agak2 tension ajak ja depa keluar confirm hilang tekanan tue..
huhuhu....

yang bestnya depa nie semua senior lain2 course tapi disebabkan oc la kami semua bersatu.
sayang korang la.. peneman ketika sedih , tension , gembira n semuala..
moga kekal sampai bila2 la.. :)

Friday, January 6, 2012

muhasabah diri #1


p/s: kadang2 kita ingat tue cara terbaik.. tapi ada yang lebih baik dan boleh beri impak yang positive..
(^_^)V

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman Bloggers..

jom check page rank blog kita!!

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service