Showing posts with label short story. Show all posts
Showing posts with label short story. Show all posts

Monday, April 11, 2011

Short Story: Aku, Dia dan Library (bab 1)

Namaku haliza. Aku sekarang nie duk tunggu keputusan masuk ke universiti. Alhamdullillah keputusan aku baik la jugak kan. Aku nie bukan macam pompuan lain. Lemah lembut segala kan. Aku nie kasar sikit. Sikit ker?? Hahah tak la sikit sangat.so kat sekolah memang aku rapatla ngan budak laki. Dah aku kasar takkan aku nak kawan ngan budak pompuan yang lemah lembut segala tue kan?? Tapi satu ja aku nie. Aku takla plak jenis keluar ramai – ramai lepak ngan geng laki tue. Depa tak bagi kata depa. “ang pompuan kena jaga tatasusila. Kami tak kisah ang kawan ngan kami tapi kami tak mau ang rosak cam budak2 pompuan yang berpeleseran tue.” Huhhhh tabik la aku dapat kawan cam depa nie. Memang sayang gila kat kawan – kawan aku tue. Bukan senang nak cari kawan yang boleh jaga kawan.

So arinie penentunya, aku pun pi la check kat kotak surat tue. Memang banyakla surat yang sampai kan. Dengan bil letrik abah aku lagi. Tak per2 aku pun usha arrr dalam banyak – banyak surat. Tetiba mata aku terpaku kat satu surat tue. Ada lambang university teknologi mara (UiTM). “hhooho ada surat untuk aku nie. Tapi takut plak nak baca” lepas tue aku bawak semua surat tue masuk rumah. Surat aku, aku pegang terus aku masuk bilik. Takut wehhh mau surat aku tue dia kata permohonan ditolak mau nagis aku.. errr sekuat – kuat aku pown mesti ati macam pompuan gak kan.

Pastu aku bukan perlahan – lahan, koyak sikit. Pastu aku bukak surat tue. Baca satu2.. pastu… “waaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!! Aku dapat masuk UiTM wehhh!!!! Gilarla!!!!” pastu aku terus gi dapur nak cari mak aku. “mak!!! Mak!!!” aku terjerit – jerit dari tangga. “awat nie?? Ish buruk bebenor engkau nie. Terjerit – jerit. Mau pengsan jiran sebelah tue.. engko nie..” leter mak aku. ‘peduli apa aku.. hahhah’ bisik dalam atiku. “mak baca nie!! Mesti mak pun akan jadi cam akak.” Sambil menghulurkan surat UiTM tue. Pastu aku tengok muka mak aku berubah. Dari marah – marah terus tersenyum, “engko dapat masuk UiTM???? Syukur alhamdullilah” sambil datang memelukku.

Memang waktu tue tak dapat nak bayang arr perasaan aku ngan mak aku kan. Tak sangka wehh. Aku nie dah la macam nie. Hihi memang tak sangka la. Pastu aku gitau kat abah aku pasal surat tue. Dia pun gembira ngan keputusan tue. Aku nie memang dah sangat – sangat seronok arrr. Tak terkata wehhh.

Sebulan lepas tue aku dah der kat UiTM nie. Sebangai pelajar baru aku memang kena ikut minggu orientasi la. Memang penatla ikut program nie. Dah la jauh aku nak kena jalan dengan kak OC duk bising suruh jalan cepat – cepat. Memang hangat ati la aku nie, tapi disebabkan semangat berkobar – kobar dapat masuk universiti aku ikut ja arahan depa tue. Dengan kena pakai tudung segala, dah la aku nie tak biasa pakai tudung. Panas weeeeeehhhhhhhh.

Tapi aku redha ja. Aku dapat satu bilik ngan sowang pompuan nie. Huhhhhhh memang lembut weeehhh.. lawa gak la dari aku nie macam selekeh ja. Jadi sepanjang minggu orientasi nie aku kawan ngan dia ja la. Dia la yang ajar aku pakai tudung, pakai baju kurung. Almaklumlah aku nie nak pakai semua tue memang tak la. Zaman sekolah ja la. Tapi tue pon dah lama tinggal. Ha la lepas exam aku duk umah ja. Kerja memang tak la hahhaha. Penyengan betul aku nie.

Jadi memang banyak aku belajar dari si faridah nie. Aku panggil dia idah ja. Singkat sikit, dia ambik jurusan kosmetik. Eh3 bukan geometik. Haha silap plak muahahaha. Aku nie plak budak akaun. Macam mana aku leh terlekat ngan akaun nie pown tak tau. Sabar ja la. Aku nie memang minat math tapi tue la hurmm..

Jadi arinie ari terakhir minggu orientasi, semua pakat sedih la bila ada sowing kak OC nie. Kami panggil dia OC nana. Dia minta maaf wakil dari kawan – kawan dia yang lain. Memang pakat melelih air mata arrr depa – depa nie. Aku macam biasa arr ati batu. Aku tengok ja depa duk nangis. Aku diam ja. Tapi terasa gak la selama nie kak OC nie jugak yang duk tolong kami macam – macam. Isi borang nu borang nie. Kalau suh aku pi buat sendiri mau jenuh aku. Mau tau la, satu – satu pejabat bukan dekat. Nie semua depa sedia siap – siap. Masuk dewan kami isi ja.

Jadi arinie ari first aku masuk kelas. Aku memang tak kenal sapa – sapa lagi. Masuk memang tercangak sowang – sowang la dalam tue. Pastu mai sowang budak pompuan nie menyapa aku. “hai boleh duduk sini??” selamba ja dia Tanya aku. “boleh – boleh saya duduk sowang ja” gilarla lembut gila aku cakap. Haha tak pernah wehh aku kan kawan ngan budak laki ja. Jadi memang kasar la percakapan aku selama nie. Minah nie nama dia suzana. Aku panggil su.

Hari tue aku masih pakai tudung. Tapi biasa la selebeh ja. Ahhaha mana aku reti pakai tudung tapi lantakla. Aku memang tak kisah pon ampa nak kata apa pon ampa punya pasal aku tak ganggu ampa pon. Keesokan arinya dan keesokan hari lagi aku masih bertudung. Perhh memang satu perubahan yang menakjubkan la bagi aku. So kawan aku si su dan si idah nie la yang banyak bagi aku tunjuk ajar. Depa tolong aku betulkan segalanya. Sebelum nie aku tak pernah solat aku solat. Semua sebab depa banyak bagi aku tunjuk ajar. Memang aku sangat – sangat bertuah ada kawan macam depa nie. Tak pernah jemu tunjuk ajar kat aku.

Nak kata mak aku tak pernah ajar aku sembahyang segala memang mak aku memang duk hingar tapi aku wat dekkk ja. Tapi tah la mungkin allah dah hantar mereka sebagai utusan untuk membimbing aku. Memang sekarang aku dah berubah jadi lemah lembut, cakap pown dah slow. Aku pun tak percaya ngan apa yang berlaku sekarang sungguh aku sangat – sangat teruja ngan apa yang terjadi kat aku.

Dah 2 bulan aku kat sini. Aku memang sangat - sangat berubah. Tapi selama nie aku memang tak pernah balik rumah. Tah la, mybe sebab assignment banyak dengan homework lagi. Tapikan sepanjang aku duk kat sini aku tak pernah lagi jejak kaki kat library. Hahaha teruk kan aku. Orang lain tiap – tiap hari jenguk library tue. So setelah sekian lama aku duk sini tapi tak pernah pi sis u nie pon ajak la aku pi sana. Nak cari buku agama katanya nak wat asigment CTU 101. Aku pon kena wat asigment tue jugak so aku pon dengan kemalasan ikutla dia ker library tue.

Dalam aku duk belek buku banyak – banyak atas meja kat library tue aku terpandang sowang mamat nie. ‘fuhhh hensem gak mamat nie. hahha’ gelak aku dalam ati. Tapi kusyuk gila mamat tue. Pastu aku sambung ja kerja aku. Si su tue lagi la tekun gila memang aku respect la dia tue rajin study. Habis ja usha - usha , copy2 apa yang patut si su tue pon ajak aku balik. So jam memang dah menunjukkan pukul 6.30 petang.

Perut aku pon dah berbunyi nie. So aku balik tue ajak si su singgah dining beli makanan. Kang perut aku masuk angin la plak. Sapa mau tanggung?? Hahaha aku memang jaga sikit bab makan nie. Tak mau ada penyakit. So bila tiba waktu makan memang aku akan makan.

Keesokan lepas kelas aku pi library sowang2. Errr hahhahah aku teringin nak tengok mamat kelmarin tue saja ja nak usha2 kan. Hahhaah apa salahnya tengok ciptaan tuhan. Memang ternyata dia ada kat situ. Tak sangka aku. Aku pon berpura – pura ambik buku. Buat2 baca. Hahah mata duk renung mamat tue. Apada, tapikan nie la kali pertama aku asa macam nie sebelum nie banyak ja kawan2 kat sekolah aku yang hensem2 tapi aku buat dekk ja. Hahaha

Pastu hari – hari seterusnya pown aku pi library sampai roommate aku n si su tue pon pelik. Hahaha aku wat tak kisah ja hahha. Pastu satu hari hari tue si idah nie nak ikot aku gi library, aku cakap jom ja la. Aku tak kisah sangat kalau dia nak ikut. Kawan baik aku kowt apa salah nya kan. So seperti biasa dimeja yang sama kerusi yang sama aku duduk kat situ. Si idah nie kusyuk arr duk baca buku dia. Pastu tetiba aku nie terkantoi plak ngan si idah nie. Duk termenung usha baik ja kat laki tue. Pastu……..

____________________________________________________________________

hehhe.. cukup kowt sampai situ dulu.. nak tau selanjutnya tunggu next entry.. kalau nora buh semua kang korang tak larat nak baca plak kan.. tq sudi membaca cerita nora..!!

____________________________________________________________________

Friday, March 18, 2011

Short story: aku bersyukur menjadi tulung rusukmu

Hari nie sah aku sebangai isteri kepada seorang insan yang amat aku sanyangi.. dia adalah seorang insan yang hadir masa aku dalam kedukaan.. aku tak sangka kau untukku.. dulu aku hanya memandangmu dari jauh.. tapi kini kau milikku selamanya.. tapi… kebahagiaan aku hanya sementara.. malam pertama kita… kau jauh dariku.. aku tak mengerti.. layanmu tak seperti masa kita bercinta dulu…

“abang….” Sayu atiku memanggilnya..

Namun tak ada balasan darinya.. aku menjenguk insan disebelahku.. dah tidur rupanya.. ‘awalnya dia tidur’ bisik hati kecilku.. ‘penat kowt.. tak pela..’ aku melelapkan mataku.. tapi ati kecilku terasa sesuatu yang pelik.. dia tak seperti tue.. selalunya sebelum tidur dia akan menghubungiku.. ajak sembang.. terus aku terbayang masa bercinta dulu.. dengan sendirinya aku tertidur..

Keesokkan paginya aku bersiap untuk pulang ke kuala lumpur bersamanya.. ke tempat baru, rumah baru, suasana baru, dan melayari hidup dengan insan yang amat aku sanyangi.. dalam kereta kami tak banyak bicara.. aku biarkan dia memandu dengan tenang.. bayangkan jauh lagi perjalan kami.. dengan ditemani radio aku melayan perasaan sendiri sambil teringat kisah semalam… tanpa aku sedari aku terlelap lagi..

Tetiba aku terdengar sayu ja namaku dipanggil…

“sayang2.. bangun dah sampai nie… jom masuk…” dengan lembut bicaranya memanggilku..

"dah sampai ke bang.. lamanya ayang tidur.. hurmm.. jom la masuk.. mesti abang penatkan..” sapaku…

Kami jalan beriringan masuk.. aku memandang sekeliling.. baru pertama kali aku masuk kedalam rumah tue.. semuanya lengkap.. perabot.. barang - barang dalam tue.. memang lengkap.. hiasan dalaman pun sangat cantik.. aku kagum dengan dia.. seorang pereka dalaman yang berjaya.. aku naik keatas dan masuk ke bilik kami… ‘ya allah’ getus hati aku… gambarku dan dia memenuhi dinding bilik kami.. sangat cantik.. aku sangat menghargainya..

Selepas selesai menunaikan solat aku terus mengemaskan barang2 kami.. aku susun baju-bajuku dalam almari kayu yang ada dipenjuru bilik kami.. bilik kami sangat besar.. dengan hiasan yang cantik.. dinding biru… memang sangat menenangkan.. setelah selesai aku menunggu suamiku.. sampai terlelap aku.. paginya aku ternampak notis diatas meja solek dibiliku..

abang pergi kerja dulu ya sayang.. duduk rumah baik – baik tau.. nanti

tengah hari kita makan kat luar ya.. abang balik ambik.. siap tau!!

berbunga hatiku.. jam menunjukkan pukul 12… aku sudah bersiap.. menanti kepulangannya..

‘lambatnya abang nie… kata nak bawak makan tengah hari.. hurmmm sibuk kot.. tunggu la kejap..’ getus hatiku..

jam menunjukkan pukul 12.30.. kedengaran bunyi kereta masuk ke tempat letak kereta rumahku… tersenyum aku sendiri ’kan dah balik’ bicaraku sendiri… aku menjenguk melalui tingkap.. ‘ya itu memang keretanya..’ aku tersenyum dan terus keluar.. dia tersenyum dalam kereta smpai mengamit memanggil aku masuk kedalam kereta..

“lama tunggu abang.?? Sorryla sibuk sikit tadi” bicaranya

“tak la lama sangat.. kan baru 12.30 tengah hari… hurmm kita nak makan kat mana nie??” bicaraku sambil tersenyum..

“ala kedai selalula.. kan awak suka makan kat sana…” katanya padaku..

Aku tersenyum sendiri.. dia memang sangat memahami aku.. makanan kegemaranku memang dia hafal… tak perlu aku ucapkan.. memang dia yang akan order untukku kecualilah aku ingin menukar selera… aku akan beritahu awal – awal lagi dalam kereta…

Selepas habis makan dia terus menghantarku pulang.. sibuk katanya banyak kerja yang perlu diasiapkan.. aku faham tugasnya.. cutiku pun tinggal sehari saja lagi.. esok aku akan memulakan tugas lagi sebangai setiausaha. Malamnya dia balik lambat.. aku tidur sendiri lagi.. bangun paginya aku lihat dia masih tidur disebelahku… aku memandangnya.. tak sangka dia sudah menjadi suamiku… aku sangat bersyukur kau menjadi suamiku..

Seminggu berlalu… aku semakin pelik dengan kelakuan dia yang selalu menghabiskan masa dia satu bilik dirumah kami.. sampai ketengah malam dia disana, aku memang tak tau apa yang dia lakukan.. dia memang pernah melarang aku masuk kebilik tue.. banyak barang penting, takut hilang katanya.. aku terima saja.. tapi aku pelik.. setiap kali balik mesti dia masuk bilik tue.. pelik aku.. apa ada dalam bilik tue… hampir setiap malam dia menghabiskan masa dalam bilik tue.. sesekali ja dia menemani aku di ruang tamu… pernah sekali aku bertanya..

“abang.. boleh ayang tanya sikit??” bicaraku..

“ada apa??” bicaranya sambil memandangku selepas itu terus memandang tv dihadapan kami

“apa abang buat dalam bilik tue.. selalu ja abang masuk sana.. hurmm” lembut bicaraku..

Sambil tersenyum “tak der apala.. kerja pejabat saja.. bukan abang tak nak awak masuk sana tapi banyak sangat benda penting dalam tue.. nanti hilang kan payah.. abang tak nak jadi apa2.. bolehkan sayang??”

“boleh ..” sambil tersenyum.. tapi aku memang tak puas ati lagi.. pelik.. takkan sebab tue ja.. mesti ada sesuatu yang dia sembunyikan dariku.. hurmm.. aku pandangnya.. dia sedang kusyuk memandang tv.. biasala cerita kegemarannya.. aku tersenyum sendiri.. kusyuk sangat dia menonton..

Kini sudah sebulan aku bersamanya.. menjadi isterinya.. terasa sangat indah hidup bersamanya.. tapi satu saja yang aku terkilan.. bilik tue.. hurmmm.. ada apa dalam bilik tue… arinie hari lahirku.. tapi dia macam tak ingat apa – apa pun.. senyap jer.. pagi tadi pun macam biasa ja.. bangun dan siap.. makan sarapan dan terus pergi kerja.. walaupun sabtu… kerjanya memang tak menentu.. aku memang dah sangat faham.. waktu bercinta dulu pun macam tue..

aku melangkah menaiki anak tangga.. memang aku bertekad nak masuk bilik tue.. nak tengok sangat – sangat apa dalam bilik tue.. tapi dalam hatiku tetap ada rasa takut.. macam mana kalau masa masuk suamiku pulang.. apa katanya..??? apa reaksinya…??? hurmm.. langkahku terhenti di depan pintu bilik tue… kaku sebentar.. tapi tanganku memang betul – betul memangang tombol pintu bilik tue.. dengan lafaz bismillalhirahmalnirahim.. aku pulas tombol tue.. aku tolak daun pintu bilik tue.. cantik bilik tue.. getus hatiku.. terpandang aku dekat satu meja.. kemas tersusun barangnya.. dia memang sangat pengemas.. tak pernah bajunya dibuang merata..

Diletakkan didalam bakul yang telah ku sediakan.. aku tersenyum sendiri… tapi tetiba aku terpandang satu buku diatas meja tue.. aku terus berjalan kearah buku tue.. tertera namaku.. hatiku berdebar… apa nie…??? Hatiku tertanya.. aku bukak buku tue.. muka pertama… biodataku.. namaku, makanan kegemaranku… semuanya tercatit disitu.. tarikh lahirku pun… aku sangat terharu.. dia memang sangat… huhhh tak dapatku beri satu perkataan yang specific.. aku memang terharu dengan apa yang tertulis disitu…

Aku buka helaian seterusnya.. gambarku… hahhaha masa kecil.. mana dia dapat.. hurmm.. lawak je tengok.. dengan baju putih.. tapi mataku ditutup dengan kapas… emak ku kata saja tangkap gambar tue kenangan masa tua… aku mengidap demam kuning dulu.. aku bukak lagi.. gambarku lagi.. aku bukak lagi.. semua gambar tue disusun mengikut peredaran masa… sampai aku bertemu dengannya.. gambarnya disebalahku.. menitis air mataku. Terharu dengan apa yang aku lihat… sampaikan ke muka akhir gambarku dengannya masa hari perkahwinan kami.. aku terus menangis.. sangat terharu..

“abang… patutla tak bagi ayang masuk sini… ini rupanya yang abang selalu buat… ayang sayangkan abang… ayang memang sangat terharu” kataku lembut.. sendiri.. dalam esakkan… air mataku menitis lagi…

Aku bukak helaian terakhir.. kata – katanya buat aku…. Mengucapkan selamat hari lahir untukku.. aku memang terharu… tetiba….

“abang dah jangka ayang akan masuk juga bilik nie.. sebab tue abang letak buku tue kat situ… buku tue hadiah dari abang untuk isteri abang yang tersayang… SELAMAT HARI LAHIR SAYANG” katanya sambil menuju ke arahku.. lalu mengucup dahiku.. bahangia terasa..

“terima kasih bang.. memang hadiah yang sangat berharga” balasku lembut dalam tangisan yang masih bersisa…

Aku bersyukur bertemu jodoh denganmu.. menjadi isterimu… kau amat istimewa.. aku sangat bahagia.. hanya tuhan saja yang tahu apa perasaanku hari ini…

“aku bersyukur dilahirkan dari tulang rusukmu…” bicaraku lembut ditelinganya..

Dia tersenyum.. hatiku sangat gembira.. hari lahir yang sangat berharga.. dan akan menjadi memori buatku selama lamanya… ‘terima kasih abang untuk segala.. aku berjanji akan menjadi isteri yang terbaik buatmu..’


-------------------------------------------------------------------------------------------------

any comment????

-------------------------------------------------------------------------------------------------

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman Bloggers..

jom check page rank blog kita!!

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service