Thursday, January 26, 2012

KEK KARAMEL

 assalamualaikum...

 first time try buat kek karamel nie... hehehhe.. dah lama dah teringin nak buat.. walaupon tak secantik macam orang lain buat.. tak kisah janji nora puas hati memang sedap la... tq kat kak shida untuk resipi nie... nak tengok versi dia leh terjah SINI... dia dah buat dua kali dah.. memang sangat sedap tengok... memang duk teringin lama dah.. duk cakap ngan mak.. arinie adik kata.. bila along nak buat?? esok nak balik dah.. hahha kesian plak kat dia... dengan kemalasan yang ada bangun gak gi bukak laptop print resipi pastu call abah mintak tolong beli bahan yang tak dak.. heee~~~ 

ada yang nak cuba ka?? meh2 nak ajar.. lebih kurang ja ngan kak shida punya dah resipi dia kan.. heee~~


Bahan bahan:
GULA HANGUS
2 atau 4 sudu besar gula
# taburkan gula pasir dalam loyang, panaskan untuk dijadikan gula hangus pastu ratakan pada keseluruhan loyang supaya kek tak melekat pada loyang tue nanti


Bahagian atas ( karamel )
1/2 tin susu cair atau 1 cawan penuh (untuk yang nie nora guna 1 cawan penuh)
70 gm gula castor
1/2 sudu teh vanilla
3 kuning telur
 # Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau dengan perlahan dan sebati tapi jangan sampai berbuih. pastu dah sebati ketepikan dulu.


Lapisan kek
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 ml air
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak

# mula2 campurkan air, kuning telur dan minyak masak pastu pukul sampai berbuih, dan masukkan gula, sambung pukul lagi sampai bahan2 nie  kembang pastu masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit, pukul lagi hingga sebati dan ketepikan..


Meringue
6 telur putih
70 gm gula castor
1 sudu teh krim tartar

# Pukul putih telur sehingga betul2 kembang... kalau boleh tue sampai bekas yang kita guna tue boleh diterbalikkan dan putih telur tu tak meleleh.. pastu masukkan gula sedikit demi sedikit sampai habis (sambil masuk tue pukul la bagi sebati bahan tue) pastu masukkan cream of tartar dan pukul hingga kembang sampai bila diterbalikkan bekas tue bahan tue tidak akan meleleh. **untuk pukul nie lebih baik gunakan speed laju sikit la.. kalau tak jenuh nak menunggu dia betul2 kembang.. huhuhu
CARA-CARA:
  1. Campurkan adunan untuk Lapisan kek  dan Meringue..gunakan senduk la untuk kacau kedua2 bahan nie.. jangan putar lagi yerrr erti kata lain sila KACAU DNGN TANGAN.. gunakan kaedah kaup balik apabila dua2 bahan nie dah sebati, pastu bahagikan kepada beberapa bahagian, warnakan setiap bahagian dengan warna yang disukai atau campurkan dengan perisa yang disukai. **untuk yang nie nora bahagikan pada tiga bahangian.. 1) original campur esen vanila ja, 2) perisa pandan campur pewarna hijau 3) bubuh pewarna kuning ja
  2. Tapis dan masukkan karamel dalam loyang gula hangus (loyang saiz 8” atau 9”) 
  3. Masukkan adunan kek yang telah diwarnakan secara berselang seli..nora tiru cara kak shida dengan mulakan dengan 1senduk warna asal ditengah-tengah loyang, kemudian masukkan 1 senduk adunan pandan di atas adunan asal dan 1 senduk pewarna oren di atas perasa pandan..pastu ulang balik la bagi adunan tue selang seli sampai adunan tue habis.
  4. Panaskan oven selama 10 minit
  5. ** untuk 45 minit yang pertama guna api bawah sahaja untuk masak dan lepas tue masak lagi 15 minit plak dengan guna api atas dan bawah pada suhu 180 darjah..
  6. Bakar kek dengan kaedah double boiler, tapi pastikan guna air panas tau. jangan guna air sejuk nanti tak jadi.. huhuhu mak nora dah der pengalaman... (contoh macam gambar kat bawah nie )
  7. Setelah masak biarkan 10-15minit, kek akan perlahan-lahan merenggang dari tepi loyang dan terbalikkan kek akan keluar dengan sendirinya dari loyang
  8. Sejukkan sekurang-kurangnya 1 jam dalam peti ais sebelum dipotong

SELAMAT MENCUBA..
**PERINGATAN: telur tue sebenarnya 6 biji ja tau.. kira elok2 naa... 3 biji telur kuning + 3 lagi teur kuning = 6 biji telur kuning.. 6 biji telur putih tuh ambik dari 6 biji yang dah guna dengan ambik telur kuning tue la.. tadi dah terconfius dah mak nora.,, hahahaha jenuh nak terang kat dia..

12 comments:

fRaMe+LenSeS said...

hantaQ mai kat alg sikit... :D

Sweetmango said...

along nadh: dalam mimpi je la.. hhahahahahhhha :P

Firdaus® said...

letopsss la dia pun dah buat puding karamel...grrrr...hahhaahhaha

Sweetmango said...

epy: hahhahahaha.... kalau karamel ja tak lalu sangat... :) try3 best

Firdaus® said...

nnti orang cuba..tenkiu share =)

aDisH.sHidA said...

hiyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah...tahniah akhirnya nora buat..akak tngu kek lapis edisi nora lak

Anonymous said...

aduhh . macam sedapp jeee ! nak jugak T-T

Sweetmango said...

epy: yeeaaaa.... welcome.. ilmu tak simpan sowang nnti lambat pandai.. hee~~~

kak shida... yeeeaaaaa.... kek lapis?? insyaallah akan datang... :)

yasmin: nak??? cer try... best3..

shahjiehan said...

nak sikit!! dia kek ke puding?

Sweetmango said...

sj: ambik la.. gambar ja. :P dia kek karamel.. bawah kek atas karamel.. hahhahahah paham???

aindzaya said...

waa..ymmmyy!
kek karamel lain dari yg lain la..resipi sendiri ke?

Apa petanda dia jodoh kita? ♥

Sweetmango said...

ain: eh tak la.. nie resipi kak shida atas tue.. :) cubala.. sedap

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman Bloggers..

jom check page rank blog kita!!

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service