Friday, March 18, 2011

Tazkirah: Habis akal baru bertawakal


assalamualaiukum semua..
hari nie nora nak kongsi sikit la apa yang nora dah dengar tadi masa kuliah jumaat..
apa yang baik, seeloknya kita kongsi.. moga kita semua akan mendapat hidayah darinya..

berbalik pada tajuk...
HABIS AKAL BARU BERTAWAKAL..
selalunya kita mesti akan sebut perkataan nie... "tawakal ja la.."
tapi sedar tak kita apa definisi tawakal nie..??? ataupun kita sekadar berserah ja..
tawakal nie bermaksud berserah diri selepas berusaha untuk mencapai sesuatu...

tapi kebanyakkan kita.. hanya tawakal tanpa berusaha...
nak buat apa2 pun mesti cakap hurmmm berserah ja pada allah...
salah tue.. kalau kita tak berusaha mesti kita tak akan dapat apa yang kita nak..
contohnya yang paling dekat dengan kita time exam...
"hurrmmm tawakal je la.." ayat nie mesti keluar dari mulut kita...

tapi sedar tak kita.. kalau setakat sebut ja tak guna...
baca buku pun tak.. main komputer jer... masuk ka definasi tawakal tue..
nak ker allah tolong kita????? doa pada allah pun jauh sekali... hurmm fikirkanlah..

nora nak kongsi sikit satu cerita yang diceritakan oleh kakak penceramah tadi..
cerita nabi sulaiman dan sang semut...

"pada suatu hari nabi sulaiman ternampak sang semut nie tengah angkut sebiji kurma.. lalu beliau bertanya kepada sang semut nie.. 'sebiji kurma nie tahan berapa lama??' sang semut menjawab.. 'setahun' lalu nabi sulaiman berfikir sejenak dan mendapat akal.. nabi sulaiman mengambil sang semut dan sebiji kurma tersebut lalu dimasukkan kedalam satu balang... lalu nabi sulaiman berkata 'duduklah engkau wahai sang semut bersama sebiji kurma nie.. cukup setahun aku akan datang kembali untuk menukur dengan kurma yang baru..' lepas setahun, nabi sulaiman pun datang balik jenguk balang tue nak menukar kurma.. tapi apa yang dia
lihat.. kurma tue baru separuh dimakan oleh sang semut tue.. lalu beliau bertanya 'kenapa kurma nie tinggal separuh sedangkan dulu engkau berkata sebiji kurma tahan setahun' lalu dijawab oleh sang semut 'sebiji kurma untuk setahun jika aku diluar sana kerana aku percaya allah akan memberi rezeki kepadaku selepas setahun.. aku tidak percaya kepadamu.. mungkin kau akan memungkiri janji' "

melalui cerita nie... bertapa sang semut tue sangat bertawakal kepada allah..
dengan usahanya barulah dia bertawakal... kita tidak boleh berharap pada orang lain..
kita sepatutnya berusaha untuk mendapatkan sesuatu...


macam gambar kat atas nie... belajar tawakal daripada semut..
satu makhluk allah yang kecik tapi.. sifat tawakalnya yang tinggi...

konsep tawakal nie sebenarnya ada 3:

bermula dengan tawakal...
kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu contohya keputusan yang baik dalam peperiksaan..
kita perlu memmbaca buku.. jangan terus bertawakal kepada allah..

yang kedua berserah diri
selepas kita bertawakal kepada allah.. kita sepatutnya berserah diri..
selalu berdoa kepada allah... memohon agar dia membantu kita...
memohon dengan seikhlas hati moga allah dapat membuka jalan agar mencapai kejayaan.

yang ketiga pasrah
kita sepatutnya pasrah dengan ketetntuanya...
jangan pulak kita menyalahkan allah akan apa yang terjadi..
mungkin allah ada sesuatu yang lebih baik buat kita... mungkin gagal kali nie..
tak bererti kita gagal buat selamanya...

satu lagi...
dalam kehiduoan seharian nie.. apa yang kita nak buat pun..
mulakanlah dengan bismillah dan akhiri dengan alhamdullih..

dengan ucapan itu ia bermaksud kita bertawakal kepada allah..
macam satu cerita yang diceritakan kepada nora dan rakan2 tadi...


"kisah satu suami isteri nie.. si suami selalu tengok isteri dia nie nak buat apa pun mesti baca bismillah nak masak, buka baju, buka pintu.. apa2 ja la.. mesti bismillah.. so laki dia nie pun mybe nak mencuba la kot.. pada suatu hari si suami nie balik kerja bawa satu kotak pastu diberikan pada si isteri nie... suruh la si isteri nie bukak... so macam biasa si isteri nie pun bukakla.. dengan lafaz bismillah.. dia pun bukak.. so dalam kotak tue yang mulanya si suami masukkan seekor ular telah bertukar menjadi sesuatu yang lain... terkejut si suami nie.."

lihatlah kuasa bismillah nie... so kawan2..
nak buat apa pun mulakan dengan bismillah..
moga allah lindungi kita dari bala bencana ataupun kianat dari orang lain..

~RENUNG2KANLAH~

P/S: sama2lah kita bermuhasabah diri.. moga hidup ini diredai allah s.w.t

7 comments:

hadi Saaidin said...

nice entry. thumbs up!

nora amila ghazali said...

@hadiee
tq... sama2lah kita berubah yer... fahami konsep tawakal yang sebenar..

fRaMe+LenSeS said...

baik sekali ingatan Nora.. wahh. nadh suka.. ;)

nora amila ghazali said...

nadh: hhehhe.. ta sebab suka.. =)

..:noor badriah:.. said...

entry yg sngatmemeberi pengajaran =)

nora amila ghazali said...

bad: tq... ambik la iktibar,,,

nora amila ghazali said...

nurul???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman Bloggers..

jom check page rank blog kita!!

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service