Saturday, April 16, 2011

MO NAK BAGI HADIAH. HANYA BUAT ENTRY "AKU INGIN BERUBAH"


assalamualaikum semua..
disebabkan nak exam dah nie..
so nora kena buat juga entry nie untuk cik kak yang baik ati nie..
dia buat contest so nora nak kena join la.. hihihi.. dulu dia join contest blog nora..
yang mana??? yang nie..
contest tue dh selesai. sekarang nie meh kita join contest dia plak..

okeh dah2 meh tenguk syarat2 lu..

okeh dah baca??? nak join?? jom meh klik sini..
so sekarang nak bercerita.. semua yang dicerita nie tak dak kena mengena ngan sapa2..
diharap dapat menjadi pengajaran untuk semua na...

________________________________________________________________________

Hidup aku dulu memang orang nampak aku sangat baik. Depan orang aku nie memang nampak budak baikla. Nak keluar rumah memang susahla. Mak ayah aku memang jaga aku sebaik mungkin. Kalau jadi budak perempuan lain memang senang ja nak keluar rumah, nak pergi mana pon memang senangla. Tapi aku?? Duduk rumah ja bukan senang nak keluar. Memang hidup kena kawal la. Orang kata bagusla cm tue. Tapi aku nie pon macam orang lain gak nak bergembira gak. So jadilah aku macam kera sumbang. Kawan - kawan aku memang cemus gak la nak ajak aku. Mau tak nya, kalau ajak ja, mesti aku akan siap - siap gitau aku tak leh keluar sebab memang dah sah - sah aku tak leh keluar. Nampak baik kan??

Tapi disebalik aku. Hanya allah ja tau. Mak ayah aku memang ajar aku dengan sempurna tapi itu semua terserah pada aku. Aku yang pilih jalan yang aku pilih sekarang. Jalan apa?? Nama ja aku nie islam tapi tuntutan allah?? Aku jarang sangat buat. Aku tak tau la napa aku malas sangat. Kalau mak aku suruh aku pergi solat memang lambat sangat. Kalau aku pergi pon aku masuk bilik buat apa yang patut pastu aku keluar balik. Tengok??? Jahat kan aku. Ya allah ampunakan aku. Aku tak tau la syaitan apa yang sedang menghasut aku nie.

Kalau kat hostel aku solat juga. Sebab bila kita tengok kawan - kawan kita solat, terasa gak nak solat. Tapi ha biasalah terlopong merata. Kalau subuh, asar dan isyak, memang selalunya aku tak buat la. Mana tak nya tidor la, letih la, macam - macam betul alasan aku. Aku sedar aku salah tapi aku tak tau kenapa aku malas sangat.

Sekarang lagila aku jadi sangat - sangat malas. Aku memang rasa jauh sangat dengan pencipta aku. Adakah aku nie seorang yang tak reti nak bersyukur?? Dah la dilahirkan islam tapi tuntutan allah aku abaikan ja. Apalah nak jadi ngan aku. Orang luar nampak aku baik ja. Tapi sebenarnya aku nie insan yang lemah, berpura - pura dihadapan semua orang. Hiprokrit kan aku??

Pada suatu hari, aku dapat tau kawan aku sakit. Aku pon apa lagi pergi la jenguk dia kan. Aku tengok dia memang nazak wehhh. Aku memang sangat takut tengok dia. Aku tanya la mak dia.

Aku: assalamualaikum, mak cik. Macam mana boleh jadi macam nie mak cik??

Mak cik: waalaikummussalam.. Dia kemalangan tadi.

Aku: kemalangan??? Dengan sapa mak cik??

Mak cik: dengan kereta, dia terheret. (jawab makcik ngan suara yang sangat syahdu)

aku: oh ya ka. (sambil menitikan air mata)

Ya allah takutnya aku tengok dia. Sangat teruk keadaan dia, memang aku tak dapat nak gambarkan. Aku sangat takut tengok. Dia memang dah nyawa - nyawa ikan. Ya allah amunkan dosa kawanku nie. Bila aku sebut ja macam tu tiba - tiba terdetik dalam hatiku. Ya allah apakah doaku akan dimakbulkan olehmu. Ya allah, aku insan yang lemah lagi banyak dosa. Aku rasa aku tak layak untuk menadah tangan kepadamu.

Aku sangat takut tengok keadaan kawan aku. Aku terbayang macam mana azab kematian aku. Kawan aku memang rajin solat, rajin baca al quran. Aku?? Aku selalu mengingkari segala suruhan tuhan, ya allah takutnya aku. Lepas aku melawat dia hari tue aku terus balik kerumah.

Aku tak cakap ngan siapa - siapa kat rumah hari tu. Aku terus masuk bilik dan terus duduk atas kerusi dalam bilik aku sambil memandang cermin. Aku tengok semua yang aku miliki. Cantiknya kurniaan yang allah bagi kat aku tapi aku. Langsung aku tak pernah bersyukur. Pastu, aku terus terpandang al quran kat atas rak sebelah meja belajar aku. Terdetik dalam hati aku nak membacanya kembali. Dah lama aku tak solat, tak baca al quran. Ya allah hinanya aku.

"AKU INGIN BERUBAH!!" ya aku teringin sangat nak berubah. Aku nak kembali kepangkal jalan. Macam ustaz dalam ceramah yang pernah aku dengar “ tuhan maha pengampun”. Aku tekad aku nak berubah demi diri aku sendiri. Aku dah pinjam tubuh aku nie dari allah aku patut hargainya. Aku janji kalau allah selamatkan kawan aku, aku akan terus sujud padanya.

Dan allah makbulkan doa aku. Dia sihat balik selepas tue, selepas dari itu aku memang tekad untuk berubah. Aku hafal balik semua ayat dalam solat, aku dah mula baca al quran balik walaupun banyak yang aku dah lupa. Dan alhamdulliah mungkin inilah caranya allah nak buat aku sedar kesilapan aku. Aku bersyukur dia selamat. Aku sangat bersyukur. Allah masih sayangkan aku. Sebab tue dia uji aku macam nie. Aku kembali dekatkan diri kepadaNya.

Sekarang aku dah mula rasa tenang bila aku mengerjakan segala suruhannya. Aku berjanji aku tak akan ingkar suruhannya lagi. Ya allah TERIMA KASIH atas semuanya. Aku bersyukur kau masih memberiku peluang untuk menjadi umatmu.

sebenarnya kawan aku ada pesan sesuatu kat aku. inilah pesanannya:

aku sakit sangat nie. aku kenal ang. ang memang kawan baik aku. aku tau semua pasal ang. aku harap ang dapat berubah. solatlah!! bacalah al quran!! aku tak mo ang sakit macam aku. perit sangat nie. nie tera aku selalu solat aku sakit macam nie. aku nak ang berubah sementara masih ada waktu. kalau ang kawan baik aku. ang buatla apa yang patut, masih ada waktu untuk ang..

_______________________________________________________________________

huhhh... dah selesai. harap boleh menjadi pengajaran buat semua. solat tue tiang agama jangan kita ingkari. kalau tak ada tiang robohla rumah. walau sebaik mana pon kita dijaga oleh ibu bapa kita. pasti suatu ari nanti kita akan terpesong jugak kalau kita tak mengerjakan suruhannya..

syaitan tak pernah berhenti untuk menyesatkan umat muhammad.
moga kita sama2 dapat berubah untuk jadi lebih baik.
AMIN..

11 comments:

Pakcu Sofi said...

good story...kadang2 tu kesenangan buat kita leka..sekali dah ditampa kesusahan, baru terngadah nak cari yang maha esa..

GoodLuck!!

zacky786 said...

AMin ..` :)

nora amila ghazali said...

kyramin: hehehe.. =)

pak cu: betul2 tai semua tue dugaan hidup bila kita terkena bala.. allah bagi peringatan tue

zacky: =)

fRaMe+LenSeS said...

cerita yang baik.. ;) alhamdulillah. dari satu kejadian ALLAH bagi kita keinsafan. tiap yang terjai tu berhikmah kan.. pada kita la nak amek ka takk. ;) all the besh dik ;)

nora amila ghazali said...

along: tq.. betul2... tapi diapa yang dia uji ada sebabnya.. kajilah... moga kita sama2 boleh berubah

shahjiehan said...

insaf2!

nora amila ghazali said...

sj: bagus... lalalla

dayahrashid said...

sangat best...untung dapat kawan camtu...teruskan menulis lagi...saya suka membaca

Sweetmango said...

diya: hurmmm... betul2.. kalau dapat yang macam tue best..

Muslimah Optimis said...

cerita yang sangat baik..memang betol solat tu tiang agama dan syaitan akan buat mcam2 cara nak menyesatkan manusia..

terima kasih sudi join.. apa2 update akan diberitahu kelak di Laman MO..

liyana said...

nice entry..
touching n menginsafkan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman Bloggers..

jom check page rank blog kita!!

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service