assalamualaikum semua...
setelah ditag oleh insan ni di fb... tapi masih berdengil untuk join...
macam2 alasan kuberikan... hahhaha... dan akhirnya kena lagi nak kakak ni..
ohhhh tak tahan lagiii.. memang nak kena buat gakkk..
so nie first time nora post entry macam nie okeh...
so sila jangan gelak... boleh?????? ni contest okeh...
meh tengok banner kat bawah nie...
see??? heheheh meh baca apa yang otak nora nie hasilkan...
malu plak... apa yang ampa semua baca nie ikhlas dari hati nora... selamat membaca!!
*sebelum baca sila tukar mood anda ke mood jiwang*
___________________________________________________________________
Luka lama masih lagi berbekas. aku masih disini. mencintaimu seperti dulu. Walaupun banyak benda yang mengguris atiku. Tapi kau tetap dalam hatiku. Tak pernahku sangka jiwaku sebegini memberontak merinduimu. Aku tau kisah kita mungkin cinta monyet tapi kau insan pertama yang hadir menerangi hidup aku, mencorak kisah cinta kita bersama, menemani aku. Mendengar ceritaku, memahamiku. Aku tak pernah rasa sebegitu rupa selama ini. Hanya kau insan pertama yang menambat hatiku. Tak pernah kubayangkan aku akan bertemumu. Siapalah aku hanya insan biasa yang menumpang kasih…
Sayang..
Dulu aku tak mengenal erti cinta..
Tak mengenal erti kasih…
Tak mengenal erti sayang…
Tak mengenal erti percintaan..
Sayang…
Dulu aku hanya mampu mendengar kisah rakanku…
Mencintai insan lain dengan penuh taksub..
Bergaduh, mengucapkan kalimah cinta.
Itu biasa bagi mereka…
Aku hanya memandang…
Sayang…
Tiba2 kau muncul…
Tanpa ku sedari, kau memerhatiku..
Mencintaiku dari jauh..
Tapi aku langsung tak mengesyaki..
Langsung tak terasa kehadiranmu…
Sampai satu ketika…
Kau menghampiriku…
Sayang..
Kau hantarkan kalimah cinta kepadaku…
Sungguh aku tak mengerti…
Tapi ada satu perasaan yang menghantuiku..
Aku diamkan saja, takut bertepuk sbelah tangan..
Tapi tanpa kusedari kau memerhatiku..
Sayang,..
Kau hantar sesuatu buatkan…
Aku terharu, aku berpura tak mengerti..
Seperti aku tak mengetahui apa2…
Ku mencari siapa tuan punyanya…
Walaupun atiku kuat mengatakan ianya darimu..
Sungguh hati aku kuat.
Sayang…
Aku tersenyum bila kau mengakuinya…
Sungguh aku tak percaya,
Aku tak secantik siti nurhaliza
Jauh sekali secantik erra fazira…
Sungguh aku tak famahi… kenapa aku pilihanmu..
Sayang…
Kau konkong hidupku..
Semua pergerakkanku diperhatikanmu.,,
Aku tak kisah tapi insan lain menengurku,,,
Aku tau kau sayangkan aku…
Dan itu tindakanmu.. tapi bicara insan lain menghasutku..
Aku tergoda.. aku termakan hasutan itu..
Sayang..
Maafkan aku… aku tak percaya cintamu lagi..
Aku mengendahkanmu… aku sayang kamu..
Aku tak pernah lupakanmu.. kau yang pertama..
Aku fahami tindakkanmu.. aku fahami tingkahmu..
Tapi aku tersalah langkah…
Sayang..
Sejak tue kita mula bertengkar.. mula bersengketa..
Kau mula berkasar denganku.. sungguh aku tak fahami tindakkanmu..
Aku juga tak mengerti kenapa sayangmu berubah dengan begitu kejam..
Kau menghukumku dengan sangat teruk..
Kenapa kau tak fahami hatiku… kenapa kau tak selami hatiku..
Siapa dirimu dihatiku.. insan yang paling aku sayang..
Sayang.
Kau pergi setelah semua berlaku.. walaupu hatiku pedih…
Tapi aku redha aku bukan untukmu… kau bukan untukku
Tapi kau tak pernah kulupa.
Sehingga satu ketika kau punyai insan lain..
Hatiku memang pedih tuhan saja yang tau,,,
Tapi aku pasrah dalam tangisan..
Sayang…
Walaupun apa terjadi.. aku tak pernah salahkanmu..
Mungkin kita belum matang untuk mencintai dengan seikhlas ati..
Kini kau temanku.. kau teman yang terbaik..
Alhamdullilah kita tidak bersengketa..
Alhamdullilah kita boleh berbaik..
Lupakan kisah lama.. mulakan kisah baru..
Sayang..
Aku harap kau bahagia dimasa hadapan..
Walaupun kita tak bersama..
Ingatlah kenangan lalu guru buat kita..
Jangan diulang kisah lalu… buka buku baru…
Lembaran baru untuk masa depan yang indah…
Sayang…
TERIMA KASIH BUAT SEGALANYA
Aku mencintaimu seikhlas hati..
Moga allah saja membalas kebaikkanmu masa lalu…
Aku disini jika kau perlukan teman bicara seperti kau lakukan padaku dulu.
Terima kasih… terima kasih… terima kasih….
Itu saja mampu kuluahkan padamu kekasih lama…
______________________________________________________________________
hurmmm nak tag:
1. encik angah
2 farhan
kalau ampa nak join gak... klik sini..
______________________________________________________________________
p/s: terima kasih sebab baca entry jiwang nora nie... so any comment?? please leave in comment box... i really2 appreciate your comment... tq.. ooopppsss terspeaking plak.. errr..
______________________________________________________________________
12 comments:
jeles lor ngan karya awak ni adehhhhh ....... huhuhuhu
thnks dh jOin my contest yer
wan: napa nak jeles plak nie...??? hhahaa welcome... saja suka2..
errrr..gila siot tambah jiwang mak aiii...perghhh...
syukri: errrr mau siot... mau letak muka kat mana nie.. aduuiii... malu!!
uyoooooooooooo..memang jiwang giloss..heheheh..k.a xpandai la nak buat entry jiwang2 macam ni..huhuhu
ka: waaaa nora malu nie... jgn kata lagutue... malu tak sangga dh nie.. *blushing.. toink2
cuba untuk menjiwai kejiwangan itu, namun tersangkut2. huhu. nice entri btw. :D
hadiee: btw tq for your visiting!!
amboihh.. jiwang adik alg ni.. ;)
along: errrr sapa tah abg dia... =P
hahahahah.. kesimpulan adik dan abang jiwang.. kakak ja tak jiwang..haha
kak aima: errrrr tapi kak dia pown main jugak puisi cerpen semua nie.. err
Post a Comment