Thursday, November 18, 2010

diet ikut golongan darah...

saalm... tadi blogwalking ke blog2...

banyak juga blog nora kunjung tapi nora nie bukan jenis suka tinggal kesan masukk...

huhu... kalau masuk pun senyap2 jer... tak gitau tuan umah pun.. heehhe

kecuali kalau orang tue tinggal kesan kat blog nora n nk nora jenguk... huhu...

tak tau napa... hehhehe... so jangan ingat nora tak gi blog korang tau...

nora jenguk semua blog yang der dalam list nora.... hehhee

okeh2 tadi masa blogwalking ada jumpa blog cik cekla pasal diet mengikut jenis darah...

so nora pun tengok la nora punyer...

nora satu keluarga darah jenis o.. so tak susahla kalau dalam keluarga nak darah.. hehehe...

okeh meh baca bawah nie klau korang golongan o juga...

kalau tak scroll bawah ada link untuk tengok golongan darah korang... lallala....


***************

Diet untuk Golongan Darah O

Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D’Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D’Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.

Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D’Adamo ataupun tidak.

*******************

kalau nak tau korang punyer diet meh klik sini...

7 comments:

tqaAwesome said...

wahhhh!
semalam puas cari pasal diet seimbang. huhu konon nak makan makanan berkhasiat sbb badan asyik lenguh2 je.

best ni~! thankx2!
tapi..
hoho masalahnye tak tau darah ku hurup ape.
huaaaaaaaaaa T_T

Ciao Annin-sama said...

Saya pun x tau kumpulan darah jenis ape huhu...

Syazwana said...

@Ciao Annin-sama
saya pon tataw saya darah jenis ape..
hihihi

CeeKeen said...

alamak...ceekeen darah o..tp suke mamam oat...huwaaaa..

nora amila ghazali said...

ha... yang tak tau nora tak dapat tolong... kena gi check lorh.. huhu...
huhu... kena kurangkan la cik ceekeen...

ZACK ENTRY said...

selamat berdiet..=)

nora amila ghazali said...

hahhahha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman Bloggers..

jom check page rank blog kita!!

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service