Sunday, November 7, 2010

tips hadapi peperiksaan....

aloha... hehehhe....
oleh kerana sekarang nie musim peperiksaan so sekarang nora der cari info2 tuk nak hadapi pepperiksaan... so ni dia tips2nya...

MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN:

1. ulang kaji pelajaran yang akan anda hadapi esok
2. tidur awal agar anda dapat bangun awal dan mendapat rehat yang secukupnya..
3. semak jadual waktu peperiksaan, pastikan mata pelajaran yang akan anda hadapi keesokan harinya ye...
4. solat sunat hajat dan berdoa semoga Allah SWT memberi ketenangan sebelum tidur
5. membaca doa sebelum tidur... ( ni kan selalu kena buat kan3... hehhehe)

PAGI HARI PEPERIKSAAN:

1. bangun awal pagi dan solat sunat hajat sebelum solat subuh. berdoa kepada Allah SWT agar ditetapkan daya pemikiran serta tenang sewaktu menjawab kertas soalan peperiksaan.
2. ambil sarapan pagi yang sederhana.
3. ambilm makanan tengah hari yang sederhana, terutama kalau ada kertas pada sebelah petang.
4. jangan ada rasa gugup, takut, dan gelisah (make sure tenangkan diri ya...)
5. sekiranya anda perlu pengangkutan untuk ke dewan peperiksaan, anggarkan masa yang diperlukan... ni untuk memastikan kita tidak terlewat...
6. ketetika hendak keluar rumah lakukan perkara berikut:
a. membaca ayat kursi dengan niat mendapat kecermelangan dalam peperiksaan
b. melangkah keluar dengan kaki kanan dan membaca basmallah
7. pastikan anda tiba awal sebelum peperiksaan
8. hindarkan dari perkara2 yang menganggu fikiran
9. jangan terlalu terikat dengan soalan2 lama...
10. bawa keperluan yang secukupnya...

PADA HARI PEPERIKSAAN:

1. pastikan pusat, bangunan dan lokasi peperiksaan...
2. semak peraturan sama ada peraturan yang umum atau khas
3. sampai ditempat peperiksaan awal supaya tidak terburu- buru
4. apabila dibenarkan masuk ke dalam dewan, tentukan tempat anda dalam keadaan yang memuaskan.
5. baca dengan teliti format dan arahan pada kertas soalan
6. pilih soalan yang terbaik untuk dijawab... soalan yang kita yakin dahulu baru diikuti soalan yang kita kurang...
7. tulis dengan jelas dan cepat
8. peruntukan masa bagi setiap soalan yang hendak dijawab
masa untuk menulis haruslah digunakan dengan sepenuhnya
9. masa menulis perlu digunakan dengan sepenuhnya
10. jangan tinggalkan dewan peperiksaan sebelum kertas jawapan dipungut oleh pengawas peperiksaan...

p/s: GUD LUCK!!!!

2 comments:

Fakhruddin said...

TQ mira sbb kasi tips..
doakan sy bjaya dlm SPM..
salam perkenalan ...

nora amila ghazali said...

fakhruddin: welcome.. amiin... gudluck!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman Bloggers..

jom check page rank blog kita!!

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service