Monday, November 15, 2010

buang anak lagi..!!!!!

salam.....

aduhhhhh tak abis2 lagi.... kenapa nie???

ya allah.... diaorang nie dh buat, tak mau jaga plak...

aduhhh... dah la tinggal tanpa seurat benang... sejuk tau tak... jahat betul la...

apala nak jadi.... kenapala diaorang nie jadi cm nie... sabar je la... moga allah yang balas perbuatan diaorang nie...

nie bawah nie article yang nora copykan tuk tantapan...

sumber dari utasan malaysia...


***************

PULAU PINANG 14 Nov. - Tangisan kuat seorang bayi mungkin kerana kesejukan menarik perhatian beberapa penghuni Pangsapuri Sri Pelangi, Jalan Sungai di sini malam tadi.

Lantas dalam kegelapan malam, seorang penduduk cuba mencari arah datangnya suara bayi tersebut.

Alangkah terperanjat apabila dia menjumpai seorang bayi berkulit cerah ditinggalkan dalam sebuah kotak minuman di tepi penjuru pangsapuri tersebut.

Bayi lelaki seberat 2.7 kilogram yang ditinggalkan tanpa dibalut sebarang kain itu ditemui kira-kira jam 10.15 malam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, bayi berkenaan dipercayai baru sahaja dilahirkan dan pemeriksaan doktor mendapati keadaannya stabil.

Beliau berkata, ketika ditemui, bayi berkenaan diletakkan di dalam kotak air minuman bersaiz 37 sentimeter panjang dan 25 sentimeter lebar.

"Polis sedang menjalankan siasatan lanjut dari rumah ke rumah di pangsapuri tersebut.

"Setakat ini tiada tangkapan dilakukan," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Pulau Tikus, di sini hari ini.

Menurut beliau, bayi malang berkenaan kini ditempatkan di wad bersalin Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut.

Kong Meng memberitahu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu membuang bayi.

Jika sabit kesalahan mereka yang melakukannya boleh dipenjara tujuh tahun atau denda.

****************

baru 2-3 ari kecoh pasal video tue...

nie kes buang anak lagi...remaja sekarang memang dah teruk la...

ya allah.. apala nak jadi.....

13 comments:

syazana amira said...

nih owg kata manusia x da akal..
nak kata x da otak.. terang2 ada.. cuma akal ada x taw nak wat pa..

apezs shah said...

xsedrkan derang.. kalau xnak..
bagilah dekat u kan hehe..;)

nora amila ghazali said...

betul tu nana.... huhu...
i??? huhu.... bagila kat family yang tak der anak confirm diaorg mau... ni buang merat... kalau dulu mak bapak depa buang cm tu baru padan muka...

AJIE said...

tak brtnggungjwb lnsung.dorg ingt ank kcing ke?kucing pon tau meroyan bile ank dia ilg.mnusia pulak buang ank ssuka ati.ish3..

kalo byi tu da besa,skit aty dia ble dia tau.

nora amila ghazali said...

btul2... ish2... apa la nak jadi... dh tak tau nak salahkan sapa.... ish3...

Syazwana said...

dorang ni tak saket ke beranak mane2 je..
ish ish ish..

nora amila ghazali said...

huhu... tak sakit la kot... huhu... tah la... cuba pikir balik orang yang dah kahwin kalau beranak aduh meraung sakit... depa nie tak rasa ka semua tue... senang jer buang2 kan..???

Zuwairi said...

ntah la manusia zaman skg.. mcm2..

Ceritera Lelaki Pot Pet

zacky786 said...

thu laa.` buatt jerr thu..!!
bila dpt anak buang sana buang sini..!! DOsa ?? huh,mmg xterlintas lgsg la kt kpla otak depa nie....

emo lak mlm2 nie.. :P

H.A said...

manusia yg buang anak ni memang dh perangai same ngn binatang tu yg takde perasaan..maaf berkasar sket..tapi geram btol ngn perangai org2 camni..pandai buat, pandai la tanggung....eee

nora amila ghazali said...

tak kisah... memang patut pun kita marah... hurm nora pun dh tak tau nak kata per.... dunia akhir zaman nie...

Mun said...

dunia akhir zaman.. manusia semakin hilang pertimbgn.. xberperikemanusiaan..

nora amila ghazali said...

btul2 cik moon... huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman Bloggers..

jom check page rank blog kita!!

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service